Saturday, 30 June 2007

STESYEN RADIO DAN TV BAGAIKAN MAK BAPAK MEREKA YANG PUNYA


Memang tidak menjadi rahsia umum bahawa stesen radio dan televisyen milik kerajaan diarahkan supaya jangan menyiarkan tentang pembangkang. Tetapi kini stesen radio dan televisyen swasta juga tidak terlepas daripada arahan yang sama.

Nampaknya kerajaan Islam Hadhari dan agensi-agensinya merasakan bahawa stesyen radio dan TV kerajaan dan Swasta semacam mak bapak mereka punya. Sebab mereka menghalang sebarang siaran dan berita mengenai pembangkang, atau komen-komen dari pemimpin pembangkang.

Kalau adapun cuma berita-berita dan komen-komen yang negatif yang menguntung kerajaan Islam Hadhari. Ini satu lagi dalil bahawa Pilihanraya Umum semakin hampir.
Mereka sengaja buat-buat tidak sedar bahawa penyokong dan pemimpin pembangkang juga adalah rakyat Malaysia yang sama-sama membayar cukai.

Akhbar internet Malaysiakini memperolehi salinan surat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengarahkan semua stesen radio dan televisyen swasta supaya berhenti menyiarkan ucapan pemimpim pembangkang. (Surat asal : http://www.malaysiakini.com/others/mcmcletter.html)

“Adalah dimaklumkan bahawa pihak kerajaan mendapati bahawa beberapa stesen-stesen TV dan radio swasta telah menyiarkan ucapan dari pemimpin parti pembangkang,” kata Pengerusi SKMM, Datuk Dr Halim Shafie dalam surat bertarikh 7 Jun lalu.

“Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah diminta untuk tidak lagi menyiarkan ucapan sedemikian di masa akan datang,” tambahnya.

Menurut surat itu lagi, mereka diminta melaksanakan serta merta arahan tersebut.

Halim tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai arahan tersebut.

SKMM adalah agensi kerajaan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, mempunyai kuasa untuk mengawal perkara berkaitan dengan aktiviti komunikasi dan multimedia, termasuk stesen radio dan televisyen swasta serta lamanweb internet.

Bidangkuasanya merangkumi urusan pelesenan stesen radio dan televisyen swasta.

Salinan surat tersebut turut dihantar kepada Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Dr Halim Man.

Stesen nafi

Semalam, stesen televisyen swasta, ntv7 menafikan dakwaan parti pembangkang bahawa ia telah menerima arahan supaya tidak menyiarkan komen pihak pembangkang.

Rabu lalu, Ahli Parlimen DAP, Tan Kok Wai memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau telah mendapat maklumat dari sumber yang layak dipercayai mengenai arahan tersebut.

Beliau menyifatkan arahan itu sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap parti-parti pembangkang.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59