Tuesday, 12 June 2007

SMART YANG TIDAK 'SMART'



Duit rakyat telah dibelanjakan sebanyak RM1.9 billion untuk membina terowong SMART. Namun awal-awal lagi ianya telah terbukti gagal mengawal banjir apabila banjir besar telah menenggelamkan banyak kawasan di Kuala Lumpur dua hari lepas.

Kejadian banjir kilat seperti yang melanda ibu negara itu terbukti tidak dapat diatasi sepenuhnya walaupun projek Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART) yang dibina dengan kos yang begitu besar.

Fakta ini ditambah lagi dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Paduka Ir. Keizrul Abdullah yang menyatakan bahawa, projek SMART hanya mengalirkan air banjir dari Sungai Klang ke Sungai Kerayong untuk disimpan di kolam khas, tetapi ia tidak dapat mengatasi masalah lebihan air ketika hujan lebat di Sungai Gombak.

Katanya, untuk mengatasi secara komprehensif masalah banjir di bandar raya Kuala Lumpur, projek kawalan banjir yang menyeluruh sebagaimana yang dirancang di bawah Program Tebatan Banjir Lembah Sungai Klang perlu dilaksanakan bersama.

‘‘Projek-projek tersebut telah bermula sejak beberapa tahun lalu dan ia dijangka siap satu persatu antara hujung bulan ini sehingga pertengahan 2009.

Bagaimanapun Keizrul berkata, berikutan arahan Imam Al Hadhari, JPS akan mempercepatkan pelaksanaan projek-projek itu.

Dalam reaksinya terhadap kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur malam tadi yang menimbulkan kemarahan warga kota, Keizrul membetulkan tanggapan sesetengah pihak yang berpendapat projek terowong SMART berharga RM1.9 bilion sepatutnya dapat memastikan banjir kilat tidak berlaku lagi di ibu negara. Jadi SMART sebenarnya tidak 'SMART'.Malah rakyat dikenakan pula dengan tol sebanyak RM2.00 jika ingin menggunakan SMART. Sekali lagi SMART tidak 'SMART'.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

SARIP DOLL said...

TU LA KONONNYA SMART BYK PEADAHNYA TAPI HAMPEH.NAK BAGI SENANG KAT PENGGUNA JLN RAYA?BAGI SUSAH ADALAH,CAM MINGGU LEPAS MASA BANJIR TU JLN JEM GILER AKU PUN KENA GAK ELOK2 SAMPAI UMAH SEJAM DAH JADI 2,3 JAM.DAH LA WAT BENDA SMART TU HABIS B'BILLION-BILLION SEMUA TU WANG RAKYAT KANG DAH TAKDA RM RAKYAT GAK JADI MANGSA.KAT SINI JE LAH AKU NAK KOMEN KLU IKUT KAN HATI BYK LAGI NAK BAGI TAU NI...RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59