Monday, 25 June 2007

SIAPA CUAI?. APA TINDAKAN KEATAS KECUAIAN TERSEBUT



Sudah acap kali kecuaian dilakukan oleh samada doktor atau jururawat yang mengakibatkan kesengsaraan si pesakit malah ada kes yang menyebabkan kematian. Namun jarang sekali kita mendengar pihak-pihak yang bertanggungjawab mengaku atau meletakkan jawatan di atas kesilapan dan kealpaan mereka. Inilah yang berlaku di Malaysia. Seseorang pesalah begitu takut untuk mengakui kesilapannya. Malah lebih teruk si pesalah seolah-olah mempunyai 'muka tembok' yang tidak bermaruah sehingga sanggup meneruskan kerja mereka tanpa rasa bersalah.

Inilah fenomena yang berlaku di dalam negara Islam Hadhari disebabkan teladan buruk ini sebenarnya diasaskan oleh pemimpin Islam Hadhari yang tidak bermaruah dan tiada harga diri. Ambil sahaja contoh bagaimana ramai dikalangan pemimpin Islam Hadhari yang didapati bersalah mengamalkan rasuah politik (politik wang) tetapi mereka tanpa segan silu terus menjawat jawatan mereka. Sebahagian besar pemimpin Islam Hadhari terlibat dengan rasuah ini iaitu menyogok pengundi ketika kempen pilihanraya.

Akhirnya kakitangan kerajaan tidak bermaruah juga, tidak mahu meletakkan jawatan walaupun melakukan kesalahan semua gara-gara meniru cara kepimpinan Islam Hadhari yang tidak mengajar pesalah menyesali kesilapan dan bertanggungjawab kepada kesilapan tersebut.

Semalam media melaporkan bahawa seorang suri rumah terpaksa menanggung kesengsaraan hidup selama tiga tahun ekoran seutas wayar sepanjang 33 sentimeter tertinggal di dalam perutnya selepas satu pembedahan batu karang di Hospital Alor Star (HAS).

Rusinah Yatim, 44, berkata, akibat kecuaian yang didakwanya dilakukan oleh HAS itu, dia terpaksa menanggung pelbagai masalah kesihatan dalam tempoh tersebut sehingga wayar itu berjaya dikesan dan dikeluarkan beberapa hari lalu.

Akibat kecuaian itu, katanya, dia mengalami sakit perut hampir setiap hari dan diserang demam panas pada tiap-tiap bulan.

Namun, menurutnya, apabila dirujuk di klinik, doktor tidak dapat mengesan sebarang penyakit sehinggalah kira-kira dua bulan lalu apabila penyakitnya bertambah teruk dan dia mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Petani (HSP).

Kita yakin tidak ada pihak yang berani mengaku bertanggungjawab. Hatta Menteri Kesihatan juga akan mencari 'kambing hitam' untuk menyelamatkan dirinya. Namun menteri tersebut sudah tentu tidak mahu bertanggungjawab.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59