Thursday, 21 June 2007

SEKRETARIAT BA PARLIMEN BUKIT KATIL DITUBUHKAN





Hj Bakrin Sidek



Hj Ali Sharif





PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Bukit Katil berjaya menubuhkan sekretariat pilihanraya bersama pada pertemuan kedua-dua pemimpin kawasan dan bahagian parti-parti tersebut. Pertemuan yang berlangsung dalam suasana harmoni dan ceria Selasa lalu, jelas menggambarkan kerjasama erat antara kedua-dua parti di peringkat parlimen.

Sekretariat tersebut diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian PKR Bukit Katil, Rafie Ismail dan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Mohd Ali Sharif dilantik sebagai Timbalan Pengerusi. Turut dilantik menganggotai Sekretariat ialah Ketua Dewan Muslimat PAS dan Ketua Wanita PKR Kawasan/Bahagian PKR iaitu Dr Hajah Khatijah Jumangat dan Salimah Diwon;Ketua Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda PKR, Sofi Wahab dan Rostam Jalil, Musa Baharin, Haji Yassim Musa, Noraini Aliman dan Ramli Dalip.

YDP PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek melahirkan rasa syukur dan gembira dengan penubuhan sekretariat ini kerana sudah pasti gerakerja pilihanraya kedua-dua parti akan diselaraskan demi untuk mecapai natijah yang baik bagi memenanggi hati rakyat. Manakala Yusof Abdullah, Ketua Bahagian PKR Bukit Katil juga gembira dengan penubuhan sekretariat ini yang pemilihannya dijalankan dalam suasana yang cukup baik dan ceria.

"Insya Allah kita akan menggempur BN dalam satu pasukan yang kuat, kita buangkan isu-isu remeh dan kita halakan senjata kita kepada BN"kata Yusof.

Pada pilihanraya umum 2004, Parlimen Bukit Katil ditandingi oleh Khalid Jaafar dari PKR manakala DUN Bukit Baru dan Ayer Molek diwakili oleh PAS iaitu Tuan Haji Bakrin Sidek dan Hj Mohd Yassin Abdul Ghani. Kesemua calon-calon BA tewas dalam pilihanraya tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59