Monday, 18 June 2007

RAMAI MB AKAN 'PENCEN' SELEPAS PILIHANRAYA UMUM NANTI


Ketika pembangkang beriya-iya membuat spekulasi mengenai tarikh pilihanraya umum akan datang, kehangatannya turut dirasai dalam Umno – tulang belakang parti pemerintah – Barisan Nasional (BN).

Malah, bahangnya lebih panas lagi kerana ia merupakan detik paling penting dalam parti terbesar orang Melayu itu – kerana ia bakal menandakan titik-tolak peralihan besar-besaran dalam barisan kepimpinan parti tersebut.

Peralihan itu akan dicerminkan dalam senarai calon Umno yang akan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang di mana kira-kira 60 peratus dijangka terdiri daripadanya golongan muda dalam parti itu.

Pemerhati politik menganggap senarai calon Umno kali ini juga akan merupakan “hasil titik peluk” Khairy Jamaluddin – Naib Ketua Pemuda Umno, yang juga menantu Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Peralihan barisan kepimpinan kali ini, menurut mereka, dianggap besar ekoran ramai menteri besar dijangka tidak bertanding lagi dalam pilihanraya umum nanti, termasuk atas faktor umur dan ada yang akan diletakkan bertanding kerusi Parlimen atas kepentingan politik.

Antara menteri besar yang didesas-desuskan tidak akan bertanding lagi ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Manakala menteri besar yang didesas-desuskan akan diletakkan bertanding kerusi Parlimen ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Desas-desus mengenai kemungkinan Dr Mohd Khir ditukar ke kerusi Parlimen sudah lama bertiup. Sebabnya, beliau kini menjadi terlaku kuat dan sukar untuk dikawal. Mahdzir pula dianggap sebagai ‘MB peralihan’ kerana Datuk Seri Syed Razak Syed Zain terpaksa berundur kerana masalah kesihatan.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59