Monday, 18 June 2007

RAKYAT MESTI PERTAHANKAN MARUAH DIRI – USTAZ IDRIS


Rakyat Malaysia khususnya umat Islam digesa supaya mempertahankan maruah dan harga diri dengan memerdeka diri masing-masing dari cengkaman pemerintah yang tidak adil dan zalim. Mereka juga mestilah sentiasa sedar bahawa rakyat adalah sebenarnya tuan manakala pemimpin yang dipilih oleh rakyat adalah ‘kuli’.

“Jangan kita takut kepada pemimpin kerana pemimpin sebenarnya diangkat oleh kita, sepatutnya pemimpinlah yang mesti takut kepada kita” kata Ustaz Idris Ahmad yang merupakan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat.

“Masalahnya rakyat sangat takut kepada pemimpin kerana mereka tidak menyedari akan hakikat ini, mereka tidak sedar bahawa rakyatlah yang mengundi mereka dan mengangkat mereka menjadi pemimpin pada setiap pilihanraya umum” jelas Ustaz Idris lagi.

Beliau juga turut memberikan sebab sebenar mengapa pemuda dan remaja sekarang semakin hanyut dengan gejala sosial dan maksiat seperti perzinaan, merempit dan lain-lain. Semua itu adalah disebabkan kegagalan kerajaan untuk menerapkan kefahaman Islam di dalam diri remaja. Di samping itu punca-punca kepada maslah tersebut juga di basmi seperti kelab malam, konsert, pergaulan bebas dan sebagainya.

Selain itu Ustaz Idris juga menyelar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang jelas menguntungkan kroni-kroni Umno yang mendapat kontrak untuk pelbagai barangan dan keperluan PLKN. Menurut Ustaz Idris pada setiap sessi PLKN ada kroni Umno yang mengaut keuntungan sehingga RM900,000 dan setiap tahun mereka untung RM2.7 juta menerusi 3 sessi latihan PLKN setahun.

Ustaz Idris berkata demikian ketika menyampai ceramah pada program yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Bukit Baru dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil di perkarangan Markas PAS Bukit Baru di sini malam tadi. Turut menyampaikan ceramah pada program tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Hj Bakrin Sidek dan Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Baru, Ramli Dalip.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59