Wednesday, 20 June 2007

PILIHANRAYA OKTOBER ATAU NOVEMBER - MUSTAFFA ALI



Pengarah Pilihanraya PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata PAS menjangkakan pilihan raya umum ke-12 akan diadakan dalam tempoh terdekat iaitu sama ada pada Oktober atau November tahun ini berdasarkan kepada beberapa faktor.

Antara sebab mengapa ia diadakan pada bulan tersebut ialah pada tahun ini perayaan bulan kemerdekaan diadakan secara hebat kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) hendak memberikan satu keceriaan kepada rakyat selain pembentangan Bajet 2008 yang diadakan lebih cepat iaitu pada awal September.

Sementara itu, bagi meraih sokongan daripada semua peringkat masyarakat, PAS bakal menyenaraikan ramai muka baru untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali.

Bagaimanapun, katanya pemimpin-pemimpin lama yang masih popular dan mempunyai banyak pengaruh di kalangan pengundi akan terus diberikan peluang untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti.

"PAS akan turut memberi peluang kepada golongan wanita untuk menjadi calon. Bagaimanapun, keputusan muktamad mereka yang akan menjadi calon akan ditentukan apabila tiba masanya," katanya kepada pemberita di pejabat PAS Terengganu di sini hari ini.

"Selepas itu puasa, waktu bulan puasa bantuan datang lagi (diberikan kepada rakyat). Malah faktor Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kahwin juga antara antara tanda-tanda pilihan raya akan diadakan dalam tempoh terdekat," katanya.

Mengenai peluang PAS di Terengganu, Mustafa yang juga Pesuruhjaya PAS negeri memberi amaran bahawa parti itu akan memberi saingan sengit kepada calon BN.

"Umno jangan anggap mereka boleh menang mudah di Terengganu. Kita telah membuat persediaan awal bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," katanya

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59