Friday, 29 June 2007

PEMUDA BUKIT KATIL SOKONG MTUC



Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) menyokong Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan piket bagi mendesak kerajaan melaksanakan gaji minimum RM900 dan elaun sara hidup (COLA) RM300 kepada pekerja swasta di negara ini.

Ketua Lajnah Kerajaan dan Swasta DPPBK, Suffian Ab Bakar(gambar atas) berkata, DPPBK tetap akan menyokong apa sahaja tuntutan MTUC asalkan ianya munasabah dan benar-benar menjaga kebajikan pekerja.

Mengulas lanjut perkembangan piket tersebut, beliau berkata isu gaji minimum ini telah lama diselesaikan di Eropah di mana 18 atau 19 peratus negara Eropah telah melaksanakan pembayaran gaji minimum yang disesuaikan dengan kos hidup negara masing-masing. Suffian juga yakin bahawa ianya amat sesuai di gunapakai di mana-mana negara demi untuk menjaga kebajikan pekerja.

`Cuba bayangkan bagaimana sebuah keluarga yang ahlinya seramai 8 orang boleh ‘survive’ dengan pendapatan bapa hanya RM500. Di tambah lagi dengan kos persekolahan dan barangan yang semakin naik`

`Saya tidak dapat bayangkan bagaimana mereka ini boleh hidup dengan gaji sebanyak itu` tambah Suffian dengan serius.

Oleh itu, kata Suffian, apa yang dituntut oleh MTUC itu ada kaitan dengan tanggungjawab kerajaan iaitu membenarkan pembayaran gaji minimum untuk sektor swasta dilaksanakan.

Suffian menolak dakwaan bahawa pelaksanaan gaji minimum akan menyebabkan majikan akan gulung tikar kerana terpaksa berbelanja lebih dengan membayar gaji lebih setiap bulan.

Ditanya samada DPPBK sedia untuk bersama-sama MTUC jika ianya dijalankan di Melaka, dengan tegas Suffian menjawab. ` tentu sekali’ dengan semangat.

Isnin lalu, MTUC mengadakan piket di beberapa tempat di seluruh negara bagi menuntut kerajaan melaksanakan gaji minima RM900 dan COLA RM300 kepada pekerja sektor swasta.

MTUC mendakwa pelaksanaan gaji minimum perlu kerana ada sesetengah pekerja swasta dalam sektor tertentu yang mendapat gaji kurang RM500 sebulan.

Presiden MTUC, Syed Shahir Mohamud berkata, piket akan diteruskan sehingga kerajaan bersetuju memenuhi tuntutan tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59