Friday, 22 June 2007

PEMIMPIN UMNO 'OVER CONFIDENT' SEBAB SPR, JPN, MEDIA JADI 'PENJILAT' MEREKA



Para pempinan begitu perasan bahawa Umno adalah sebuah parti yang cukup kuat. Namun begitu mereka sedar kekuatan itu adalah dengan syarat tidak berlaku sebarang krisis kepimpinan dalam parti tersebut. Sejarah telah membuktikannya. Dalam pilihanraya umum 1990, Umno berpecah selepas Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden Umno.

Dalam pemilihan parti itu pada 1987, Dr Mahathir menang tipis. Segelintir ahli Umno membawa kes pemilihan parti itu ke mahkamah kerana mendakwa wujud perwakilan 'haram'. Berikutan itu, Umno diharamkan.

Tengku Razaleigh menubuhkan parti serpihan Umno - Parti Semangat 46 (S46) - manakala Dr Mahathir pula menubuhkan Umno (Baru). Perpecahan itu mewujudkan Team A dan Team B dalam Umno sehingga menjejaskan prestasi parti itu dalam pilihanraya umum 1990.

Dalam pilihanraya umum itu, Umno kehilangan Kelantan kepada PAS yang bekerjasama dengan S46 melalui barisan pembangkang - Angkatan Perpaduan Ummah.

Umno sekali lagi dilanda krisis apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno dan kerajaan. Parti Keadilan pimpinannya isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bekerjasama dengan pembangkang dalam pilihanraya umum 1999.

Dalam pilihanraya tersebut, Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, menghadapi cabaran hebat daripada pembangkang dan kali ini, parti itu kehilangan Terengganu, juga kepada PAS.

Dan dalam pilihanraya umum 2004, Umno tidak menghadapi sebarang krisis dalaman. Dr Mahathir bersara dan Datuk Seri Abdullah Ahmad mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan Umno.

Mampu pertahan kerusi

BN menang besar - 199 daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Umno juga berjaya merampas semula Terengganu dan hampir-hampir menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan.

Dan jika didasarkan kepada kemenangan besar yang dicapai oleh BN, khususnya Umno, dalam kesemua lima pilihanraya kecil sejak 2004 - di atas kertas, parti itu dalam keadaan yang cukup baik untuk menghadapi pilihanraya umum kali ini. Benarkah begitu keadaannya?

Sebenarnya Umno sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum pada bila-bila masa. Umno tidak menjangka akan menghadap tentangan hebat dari musuh tradisinya, PAS, kali ini kerana parti pembangkang itu terpaksa menumpukan seluruh jentera pilihanrayanya untuk mempertahankan kerajaan negeri Kelantan.

Kerajaan PAS Kelantan kini dalam keadaan yang amat genting. Ia memerintah Kelantan hanya dengan satu kerusi majoriti - 23 (PAS) dan 22 (BN-Umno).

Sehubungan itu, para pemerhati politik berpendapat, seharusnya PAS mencurahkan segala jentera pilihanraya untuk mempertahankan Kelantan bagi menambah jumlah kerusinya supaya kerajaannya di negeri itu lebih stabil.

Oleh itu, kata mereka, tumpuan PAS di negeri-negeri lain akan terjejas dan tidak banyak dapat membantu barisan pembangkang untuk berdepan dengan BN di luar Kelantan.

Tanpa saingan sengit dari PAS, Umno yakin dapat mempertahankan disemua 110 kerusi Parlimen yang dimenanginya dalam pilihanraya umum 2004.

Jumlah itu merupakan 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Selain Umno, kira-kira 38 kerusi Parlimen disumbangkan oleh parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak. Dan mereka juga dijangka tidak menghadapi masalah besar untuk mempertahankannya dalam pilihanraya umum akan datang.

Jadi, jika dicampur kerusi Parlimen Umno dan kerusi Parlimen parti komponen BN Sabah dan Sarawak, maka BN sudah ada 148 kerusi.

Malah, parti-parti komponen utama BN di Semenanjung - Geakan, MCA, MIC - juga dijangka tidak menghadapi masalah besar dalam pilihanraya umum kali ini. Dalam pilihanraya umum yang lalu, MCA memenangi 31 kerusi Parlimen, Gerakan (10), MIC (9) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) mendapat satu kerusi.

Namun, jika parti-parti komponen itu mampu mempertahankan dua pertiga sahaja daripada kerusi Parlimen mereka, ianya sudah memadai untuk BN kembali berkuasa semula dengan selesa selepas pilihanraya umum akan datang, walaupun mungkin tidak mencecah 199 seperti sekarang.

DAP mantap

Seandainya ura-ura pembubaran parti Barisan Progresif India (IPF) untuk menyertai MIC menjadi kenyataan, maka parti kaum India itu pastinya berada dalam keadaan yang baik untuk menghadapi pilihanraya umum kali ini.

Lantaran itulah, kata para pemerhati politik, mungkin ada kebenarannya bahawa kerajaan akan mengadakan pilihanraya umum lebih awal, sepertimana yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang sekarang.

Parti-parti pembangkang utama yang bakal dihadapi parti-parti komponen bukan Melayu BN ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Namun, sehingga ini, pemerhati politik berasakan PKR belum dalam keadaan bersedia sekiranya pilihanraya umum diadakan seawal tahun ini. Lagi pula parti tersebut kini dalam proses peralihan kepimpinan selepas Anwar mengambilalih parti itu dari Dr Wan Azizah.

Pastinya Anwar memerlukan masa untuk mententeramkan ahli-ahli lama parti itu yang beranggapan mereka telah dipinggirkan, ekoran semakin ramai tokoh-tokoh baru, termasuk dari kalangan korporat dibawa masuk menyertai PKR.

Satu-satunya parti pembangkang yang mantap dan dijangka memperlihatkan prestasi yang baik dalam pilihanraya umum kali ini ialah DAP. Namun, menurut pemerhati politik, tumpuan DAP hanyalah terhad di kawasan majoriti bukan Melayu sahaja. Jadi siapa cakap BN, khususnya Umno, tidak boleh adakan pilihanraya umum seawal Ogos ini!

dari malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59