Tuesday, 19 June 2007

NEGERI HANG TUAH SYURGA PELAKU MAKSIAT


Melaka 19 Jun : Melaka terus menjadi syurga pelaku-pelaku maksiat yang tida segan silu melakukannya di mana-mana. Oleh kerana Melaka sebuah negeri yang kecil ditambah pula dengan perangai pemimpin Islam Hadhari yang menggalakkan pogram-program maksiat seperti konsert dan sebagainya maka kegiatan maksiat ini terus menjadi-jadi.

Hobi pemimpin Islam Hadhari yang suka membina tempat-tempat rekreasi tanpa mengkaji kesannya kepada gejala sosial maka kadar maksiat di negeri ini gagal dikurangkan. Akhirnya tempat-tempat seperti air terjun Bukit Sebukor, Dataran MBMB dan lain-lain menjadi ‘syurga’ muda-mudi memadu asmara.

Malah tidak cukup dengan tempat-tempat sedemikian, pelaku-pelaku maksiat ini seringkali pula menyewa hotel murah di sekitar Bandar Hilir untuk melempiaskan nafsu mereka.

Media hari ini melaporkan bahawa sebuah hotel murah di Bandar Hilir, , dikesan menyediakan perkhidmatan sewaan bilik khas bagi pasangan yang mahu melakukan perbuatan maksiat.

Menerusi sewaan bilik berkenaan, pasangan yang mahu melakukan perbuatan terkutuk itu tidak perlu risau yang mereka akan ‘diganggu’ pihak berkuasa.

Bilik yang terletak jauh dari hotel itu disediakan khusus oleh pengusahanya semata-mata untuk mengelakkan pelanggan ditahan kerana melakukan perbuatan maksiat.

Hotel berkenaan memang sering diserbu pihak berkuasa berikutan ia menjadi sarang pasangan remaja melakukan maksiat.

Menurut sumber, bilik itu terletak di sebuah pangsapuri di Taman Melaka Raya, di sini.

Dakwanya, penyewa akan dibawa pekerja hotel itu ke bilik berkenaan jika mereka menganggap keadaan di hotel mereka tidak ‘selamat’.

“Penyewa tidak perlu bimbang kerana mereka akan dibawa pekerja hotel berkenaan ke hotel itu dan bebas menyewa selama tempoh diperlukan.

“Kadar sewanya juga sama seperti kadar hotel berkenaan dan ini lebih memudahkan pelanggannya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Sumber itu mendakwa, kerana ingin mengetahui mengapa terdapat pelanggan tertentu sering dibawa keluar dari hotel terbabit oleh kakitangannya, dia bertindak mengekori mereka.

Katanya, apabila tiba di kawasan berkenaan mereka akan terus dibawa naik ke pangsapuri berkenaan.

“Pada mulanya saya hairan mengapa pelanggan dibawa ke sana dan apabila disiasat barulah saya mengetahui helahnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya terdapat pasangan yang menyewa di bilik hotel berkenaan pekerjanya akan menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pelanggan itu.

“Mereka akan mengetuk pintu bilik berkenaan sebagai amaran pihak berkuasa sedang membuat pemeriksaan di tempat mereka,” katanya.

Beliau berkata, dia berharap pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemilik hotel berkenaan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59