Tuesday, 19 June 2007

NAJIB NASIHAT AHLI PARLIMEN UMNO. SEPERTI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN BETUL


KUALA LUMPUR 18 : Jaga tutur kata dan perlakuan. Itulah nasihat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada anggota Parlimen dan Senator daripada Barisan Nasional agar mereka berhati-hati ketika berbahas semasa persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Najib yang juga Ketua Whip BN, menasihatkan anggota Parlimen supaya tidak menyentuh isu-isu sensitif bagi mengelak mereka daripada terkeluar daripada tajuk perbincangan jika tersalah memilih perkataan.

‘‘Pada mesyuarat itu beliau turut menasihatkan anggota Parlimen BN supaya tidak mudah terbawa-bawa dengan pihak pembangkang sebaliknya perlu berhati-hati ketika berbahas,’’ kata Datuk Idris Haron (BN-Batu Tangga) ketika diminta mengulas mengenai mesyuarat yang diadakan setiap kali sesi Parlimen diadakan.

Teguran Najib itu dipercayai dibuat ekoran isu daripada penggunaan perkataan ‘bocor’ oleh Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Mohd Said Yusof (BN-Jasin) pada sesi Parlimen yang lepas yang ditujukan kepada seorang anggota Parlimen wanita daripada DAP.

Kedua-dua penyokong kerajaan itu, yang ketika itu membahaskan mengenai kebocoran bumbung bangunan Parlimen, mengaitkan kebocoran itu kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

Penggunaan perkataan itu dibantah beberapa persatuan wanita menyebabkan Bung Moktar dan Mohd Said memohon maaf secara terbuka.

Bung Mohtar, yang ditemui hari ini, berkata beliau telah mengambil kesempatan daripada pertemuan hari ini untuk menjelaskan mengenai isu itu.

Tetapi kita berasa hairan mengapa ahli-ahli parlimen malah menteri BN yang bermulut celupar tidak pernah dikenakan tindakan oleh parlimen. Tetapi ahli parlimen pembangkang seringkali digantung atau dihalau dari parlimen. Inilah 'double standard' namanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59