Tuesday, 5 June 2007

MUSIM SILING RUNTUH


Nampaknya dalam masa sebulan dua, banyak kes-kes di mana siling bangunan kerajaan runtuh. Apa yang mendukacitakan siling-siling yang runtuh itu berlaku pada bangunan-bangunan yang baru dibina.

Semalam satu lagi kes memalukan berlaku di mana Kompleks Mahkamah Syariah Johor, yang tidak sampai enam bulan beroperasi, dikejutkan dengan insiden siling runtuh yang berlaku di sebuah pejabat di tingkat lima kompleks berkenaan.

Dalam kejadian di pejabat pentadbiran mahkamah rendah itu, sebanyak sembilan keping siling jatuh hingga menyebabkan keadaan pejabat berselerak dengan wayar-wayar dan lampu- lampu yang turut jatuh.

Kejadian yang disedari pada pagi ini oleh kakitangan pejabat itu dipercayai berpunca daripada masalah pendawaian yang gagal mengikat kuat siling tersebut dengan konkrit bangunan.

Kejadian ini sepatutnya tidak berlaku disebabkan bangunan ini masih baru. Pihak berkuasa mestilah menyiasat punca sebenar kejadian ini berlaku. Jika terdapat unsur-unsur penyelewengan pihak yang terlibat mesti di hadapkan di mahkamah.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59