Sunday, 10 June 2007

MESYUARAT UMNO SAMA SEPERTI MESYUARAT MIC


MARANG: Nampaknya drama membaling kerusi dalam Mesyuarat Agung MIC berjangkit kepada Umno.

Semalam seorang lelaki berusia 36 tahun cedera di kepala dipercayai terkena balingan kerusi ketika menghadiri mesyuarat Umno cawangan Beluka Sukai, Marang, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, mangsa yang juga Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda Umno cawangan itu, Azlan Che Mat, dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Umno cawangan itu, Yahya Abdullah, 57, berikutan isu kegagalan membina padang bola di kawasan mereka.

Walaupun Pengerusi Tetap mesyuarat memberi penjelasan permohonan membina padang bola itu sudah dikemukakan kepada kerajaan negeri, mangsa dikatakan tetap tidak berpuas hati dengan jawapan berkenaan.

Berikutan itu, beberapa ahli yang berang dengan tindakan mangsa dikatakan melemparkan kerusi dan terkena kepala mangsa, menyebabkannya berdarah.

Akibat lemparan kerusi itu, mangsa dikatakan menerima 10 jahitan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Mangsa juga dikatakan membuat aduan di Balai Polis Chabang Tiga, Kuala Terengganu, kira-kira jam 2 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner I Datuk Ayub Yaakob, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Agaknya ini alamat Umno akan tumbang di Terengganu pada pilihanraya umum akan datang.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59