Tuesday, 19 June 2007

MELAKA TERUS CATAT REKOD-KEJAYAAN ISLAM HADHARI MEMERINTAH NEGERI BERTUAH INI


Melaka 19 Jun : Melaka negeri yang diperintah oleh Imam no 3 Islam Hadhari, Ali Rustum terus mencatatkan rekod yang mungkin amat membanggakan pemimpin tersebut.

Selepas tempoh 24 jam lima wanita ‘mencatatkan rekod’ melahirkan anak luar nikah dalam tempoh sehari, empat lagi wanita menyusul untuk melalui perkara sama, semalam. Wanita berusia 18 hingga 23 tahun itu melahirkan bayi berkenaan di Hospital Melaka (HM) di antara jam 5 pagi hingga 12 tengah hari.

Semua mereka masih dirawat di HM dan dikehendaki datang ke Pejabat Penguat Kuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata semua wanita terbabit sudah diberi surat saman hadir dan butiran diri mereka sudah diambil.

Katanya, mereka perlu datang selepas tempoh sebulan daripada saman hadir itu dikeluarkan. Akhbar ini semalam melaporkan seramai lima wanita ‘mencatatkan rekod’ apabila melahirkan anak luar nikah di Hospital Melaka, di sini, dalam tempoh kurang 24 jam, semalam.

Dua daripada mereka berusia 17 tahun dan tiga lagi berusia antara 23 tahun hingga 30 tahun. Kelima-lima wanita itu melahirkan anak antara jam 5 pagi sehingga 3 petang di hospital berkenaan. Difahamkan, semua mereka dihantar keluarga masing-masing ke hospital berkenaan untuk melahirkan anak.

Dalam pada itu, Rahimin berkata, dalam tempoh lima bulan sejak Januari lalu pihak Jaim mencatatkan 122 kes wanita hamil luar nikah. Katanya, bagi tempoh sama pada tahun lalu sebanyak 119 kes dicatatkan dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak tiga kes.

“Lelaki yang terbabit dalam kes itu pula bagi tempoh sama pada tahun ini dicatatkan seramai 84 orang. Bagi tahun lalu yang tempoh sama juga adalah 71 kes,”akatanya.

Walaupun gejala seperti terus meningkat namun kerajaan Islam Hadhari yang memerintah masih terus menggalakkan program maksiat dan hiburan. Tidak ada langsung tanda-tanda bahawa pemimpin Islam Hadhari samada peringkat pusat maupun negeri ingin menghentikan proram-program hiburan dan menutup semua pusat-pusat maksiat.

Sebaliknya pemimpin Islam Hadhari ini seringkali menuding jari mengatakan gejala ini terjadi kerana ibubapa gagal mengawal anak mereka. Malah-malah khutbah-khutbah yang disediakan oleh agensi kerajaan Islam Hadhari juga tidak ketinggalan hanya menyalahkan ibubapa dalam hal ini.

Sedangkan hakikat sebenarnya ialah punca-punca gejala keruntuhan akhlaq ini tidak dibendung. Antaranya pusat-pusat maksiat seperti kelab-kelab malam, dangdut, karaoke, pub dan lain-lain terus diberikan lesen dan digalakkan untuk beroperasi atas alasan untuk menarik pelancong.

Selain itu program hiburan terus diberikan rangsangan oleh kerajaan negeri dengan memberikan tempat untuk penganjur-peganjur program tersebut melaksanakannya. Antaranya program Jom Heboh, Gegar Astro dan sebagainya. Malah Umno dan agensi kerajaan Islam Hadhari sendiri seperti majlis kerajaan tempatan, kumpulan budaya negeri dan lain-lain seringkali mengadakan program konsert atau pertandingan nyanyian.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59