Saturday, 30 June 2007

MELAKA PUN ADA VIRUS. SEGALA MACAM MAK NENEK ADA DI NEGERI INI



MELAKA – Sejenis virus baru bawaan kelawar yang menyebabkan demam panas yang tinggi kepada pesakit yang dijangkiti virus itu, dikesan di Melaka, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Beliau berkata, bagaimanapun ia tidak menyebabkan kematian dan kementerian mempunyai ubat untuk virus yang dinamakan sebagai ‘virus Melaka’ itu kerana ia ditemui di negeri ini.

“Seseorang yang dijangkiti virus itu akan mengalami beberapa simptom seperti demam panas yang tinggi, batuk, selesema, sukar menelan dan lemah seluruh anggota. Virus ini boleh berjangkit daripada manusia ke manusia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kenali Ubat Anda di Dataran Pahlawan Megamall di sini, hari ini.

Beliau berkata, virus itu ditemui hasil ujian sekumpulan ahli sains terhadap sebuah keluarga di Melaka yang mengalami demam panas yang tinggi, batuk, selesema, sukar menelan dan lemah seluruh anggota pada Mei tahun lepas.

Virus itu dipercayai dibawa oleh kelawar yang memasuki rumah keluarga terbabit, katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penyakit berjangkit kerana kemungkinan setiap tahun akan muncul sejenis penyakit baru.

Ditanya mengenai rampasan produk makanan kesihatan NP Trimz bernilai RM6 juta oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan semalam, Dr. Chua berkata, pihaknya akan membatalkan lesen kilang di Sungai Lalang, Semenyih yang mengeluarkan produk itu.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah membuat serbuan di seluruh negara, merampas produk yang didakwa boleh mengurangkan berat badan itu setelah disahkan mengandungi bahan beracun ‘sibutramin’.

Mengenai Kempen Kenali Ubat Anda, Dr. Chua meminta doktor supaya meluangkan masa untuk mendidik pesakit mengenai jenis ubat yang diberikan dan cara pengambilan yang betul.

“Tahap kesedaran berkaitan kefahaman terhadap ubat-ubatan di kalangan rakyat Malaysia masih rendah.

“Kita harap kempen ini dapat mendidik mereka sekurang-kurangnya mereka tahu nama ubat, kandungan ubat, cara pengambilan ubat, tindak balas ubat dengan makanan atau ubat yang lain, dan kesan-kesan sampingan ubat itu,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut mengenai kempen itu dengan melayari laman web www.know yourmedicine.gov.my.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59