Tuesday, 19 June 2007

KRISIS PALESTIN - DUNIA BERSATU TENTANG ISLAM


Jelas bahawa musuh-musuh Islam akan bersatu menentang Islam. Ianya sama
seperti sirah Rasulullah di mana Tentera Ahzab yang menggabung pelbagai
golongan kuffar bersatu menentang Nabi. Tujuan tidak lain adalah untuk menghancurkan
Islam.Inilah yang berlaku keatas Hamas di Palestin apabila musuh-musuh Islam
yang terdiri dari ‘Umno’ Palestin, Fatah di sokong oleh Amerika, Britain
dan Israel bersatu untuk menggulingkan Hamas dari tampuk pemerintahan Palestin.

Akhirnya Mahmoud Abas penganut “Islam Hadhari” Palestin menggunakan kuasanya
sebagai Presiden memecat Ismail Haniyeh dari jawatan Perdana Menter dan
membubarkan kabinet kerajaan campuran yang sebelum ini dibentuk oleh beliau
sendiri.

Selepas itu Amerika dan sekutunya secepat kilat mengumumkan untuk
menarik balik bantuan kepada Palestin yang dibekukan sebelum ini. Licik sungguh
permainan drama musuh-musuh Islam ini.

Media hari ini melaporkan bahawa kabinet baru Presiden Mahmud Abbas di
Palestin mengadakan mesyuarat sulungnya semalam, ketika Israel dan
Barat mula menunjukkan sokongan selepas kerajaan diketuai Hamas disingkir dan
digantikan dengan kerajaan darurat.

Ketika masyarakat antarabangsa memberi sokongan kepada Mahmud dan
usahanya untuk memencilkan Hamas, kebimbangan krisis kemanusiaan bakal menimpa
1.5 juta penduduk Gaza semakin memuncak, apabila mereka mula berebut-rebut
menyimpan bahan makanan dan bahan keperluan lain.

Seramai 12 anggota Kabinet baru diketuai perdana menteri berpendirian
sederhana, Salam Fayyad, mengangkat sumpah jawatan kelmarin dan dalam
usahanya menentang Hamas, segera mengisytiharkan militia pergerakan itu sebagai
tidak sah.

Sesiapa saja yang dibuktikan mempunyai hubungan dengan kumpulan itu
akan dihukum mengikut undang-undang darurat,” kata Mahmud.

Pejuang Hamas menumpaskan anggota pergerakan Fatah di Gaza Khamis lalu,
selepas pertempuran sengit selama seminggu yang hampir menjerumuskan penduduk
Palestin ke kancah perang saudara.

Mahmud memecat kerajaan perpaduan pimpinan Hamas dan mengisytiharkan
undang-undang darurat selepas Hamas menguasai Gaza sepenuhnya dan mengusir
anggota Fatah yang dipimpin presiden Palestin itu.

Bercakap untuk pertama kali pada mesyuarat dengan Kabinet baru sejurus
selepas upacara mengangkat sumpah, Mahmud berkata bidang kuasa kerajaannya akan
meliputi Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun pejuang Hamas segera menolak Kabinet baru itu dan mendakwa
ia tidak sah selain menyifatkannya hanya mengikut telunjuk Israel bersama
sekutunya Amerika.

“Mereka hanya boleh berbangga kerana disokong pentadbiran Amerika dan
penceroboh Israel,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zouhri, kepada
AFP.

Masyarakat antarabangsa mengalu-alukan kabinet baru diketuai Fayyad
yang dijangka mematuhi syarat Barat bagi membolehkan penggantungan hubungan
diplomatik dan bantuan ekonomi, selepas Hamas menang pilihan raya lebih
setahun lalu, ditarik balik.

Syarat yang dikenakan termasuk mengiktiraf Israel, menghentikan
kegiatan keganasan dan bersetuju mematuhi perjanjian damai sementara yang lalu.

Amerika mengumumkan hasratnya untuk menyambung semula bantuan kewangan
yang amat diperlukan Pihak Berkuasa Palestin.

Menteri luar Kesatuan Eropah (EU) dalam pertemuan di Luxembourg semalam
turut menawarkan sokongan kewangan dan politik kepada kerajaan baru Palestin
walaupun belum jelas sama ada ia akan menyalurkan bantuan secara terus kepada
pihak berkuasa Palestin.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59