Friday, 8 June 2007

ISU PELAJAR IPT JUAL MARUAH : APA TINDAKAN STOPA MAMAT


Pendedahan TV3 Suku semalam bahawa semakin ramai pelajar IPT menjual kehormatan diri demi untuk kemewahan hidup bukanlah isu baru. Kejadian memalukan ini berlaku sejak sekian lama tetapi tiada tindakan di ambil untuk mengatasinya.

Isu pelajar menjadi GRO atau pelacur kelas atasan ini sebenarnya seolah-olah dihalalkan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi kerana menteri yang bertanggungjawab pun seolah-olah membisu seribu bahasa dan memekakkan telinga sahaja.

Menteri terbabit lebih serius menangani isu pelajar yang terbabit dengan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) atau pelajar yang pro-pembangkang terlibat dengan kempen pilihanraya. 'Dosa' pelajar-pelajar yang aktif dalam PMI dan aktiviti-aktiviti keagamaan lebih besar dari dosa pelajar-pelajar yang menjadi GRO. Sebab itulah pelajar-pelajar PMI dan kuat agama ini sering dipantau dan disiasat malah diugut supaya tidak terus aktif dalam aktiviti keagamaan.

Pelajar-pelajar yang dilihat pro-pembangkang dan terlibat dengan kempen pilihanraya dikejar dan dihambat ke sana ke mari seolah-olah mereka adalah penjenayah. Peruntukan kewangan yang besar (duit rakyat) digunakan untuk mengekang pergerakan mereka. Sebaliknya pelajar-pelajar kaki bodek di'belai' dan disanjung walaupun mereka ini terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah dan tidak bermoral.

Semua ini adalah kerana Islam Hadhari yang sesat dan menyesatkan ini sebenarnya amat takut kepada Islam. Pihak berkuasa baik kementerian maupun pentadbir universiti lebih takut kepada pelajar-pelajar yang cenderung kepada agama kerana mereka bimbang pelajar ini akan mempengaruhi pelajar lain dan akhirnya kumpulan Islam ini semakin diterima oleh masyarakat kampus.

Manakala pelajar-pelajar yang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral ini tidak dihiraukan kerana pelajar-pelajar ini sudah pasti akan menyokong mereka dan tidak mengganggu gugat kerajaan. Jadi pelajar-pelajar ini terus dibiarkan hanyut tanpa haluan.

Kita juga tidak hairan dengan isu ini kerana ajaran Islam Hadhari sendiri tidak kisah dengan semua itu. Sebab itulah kelab malam,karaoke, dangdut, arak, judi dan sebagainya diberikan lesen oleh kerajaan Islam Hadhari. Jadi kalau pelajar-pelajar ingin mendapatkan pendapatan untuk kemewahan mereka sendiri, ianya tidak menjadi kesalahan di sisi Islam Hadhari. Pakaian yang mendedahkan aurat, seksi dan sebagainya adalah HALAL di sisi Islam Hadhari. Bakal wanita no. 1 yang akan jadi Ibu Islam Hadhari pun sehingga kini tidak menutup aurat.

TV3 suku semalam mendedahkan bahawa pelajar-pelajar IPT yang terlibat menjual maruah kerana ingin mencari kemewahan hidup dan ingin bermegah-megah. Oleh kerana mereka tidak mempunyai duit untuk membeli pakaian, telefon canggih, barang kemas yang mahal-mahal mereka sanggup menggadaikan maruah mereka. Malangnya ibu bapa mereka tidak tahu bahawa mereka melakukan pekerjaan terkutuk tersebut.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

sebenarnya saya dak naik bosan dengan anda segelintir manusia yang asyik bercerita tentang perempuan yang tak tutup aurat ( tudung kepala ) dan suka mengaitkan mereka dengan perempuan murahan dan sebagainya. hello , nenek moyang kamu pun suatu masa dulu tidak bertudung apakah mereka pun adalah perempuan yang kurang bermoral. orang seperti kamu ini tidak ada kerja lain selain nak mengumpat 24 jam .belajarlah untuk lihat semua ornag seperti insan yang baik ,dan jangan salahkan syaitan , iblis jika kamu tidak dapat mengawal nafsu anda. apakah semua yang bertudung dan lebih lebih lagi yang menutup seluroh anggota seperti wanita arab ( khasnya pengikut pengikut parti anda adalah perempuan soleh belaka. Jangan buat drama dengan isu ini . anda semua adalah golongan yang bolih di klasifikasikan sebagai hipokrit nombor satu di dunia.Inilah yang di katakan melayu tak sedar diri.apakah kamu orang ini tidak ada kerja lain ?????????.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59