Wednesday, 13 June 2007

ISLAM HADHARI : BUKAN SOAL PERLI TETAPI SOAL SESAT DAN MENYESATKAN


BANGI: Perdana Menteri Imam Al Hadhari Wal Badawi dilaporkan semalam menegur golongan yang gemar memperlekeh-lekehkan konsep Islam Hadhari yang dipeloporinya.

"Saya sudah bercakap mengenai Islam Hadhari merata dunia, semuanya menerima konsep itu. Tapi orang Melayu di sini pula, gaduh, mahu perli perli. Ini bukan agama baru. Ini cuma pendekatan untuk mengembalikan kegemilangan budaya Islam," katanya ketika merasmikan Muzakarah Kebangsaan Imam di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini semalam.

Kita ingin mengingatkan Imam Al Hadhari bahawa ini bukan soal perli memerli tetapi ini soal sesat dan menyesatkan. Adalah jelas Islam Hadhari adalah sesat kerana Malaysia sebagai pendokong Islam Hadhari menghalalkan judi (beri lesen), menghalal arak(beri lesen kedai arak & kilang arak), menutup aurat tidak wajib, undang-undang Islam tidak wajib, sistem ekonomi Islam tidak wajib, kezaliman ISA terus diterima pakai, rasuah seolah-olah dibenarkan dan bermacam-macam lagi penyelewengan dan kepincangan dalam negara kita yang menggambarkan bahawa Islam Hadhari jauh terpesong dari Islam sebenar.

Selagi semua perkara yang diamalkan di negara ini tidak bertepatan dengan Islam selagi itulah Islam Hadhari sesat dan menyesatkan.

Kita mengharapkan Imam Al Hadhari kembali mengkaji tentang perkara yang diutarakan di atas.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59