Wednesday, 6 June 2007

IMAM HADHARI AKHIRI ZAMAN DUDA SABTU INI. ROSMAH MELOPONG TERPAKSA LEPAS JAWATAN WANITA NO. 1



Imam Hadhari Abdullah Ahmad Badawi,67, akan melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah, 53, Sabtu ini, demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Menurut kenyataan pejabat berkenaan, majlis akad nikah akan diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya dan akan dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Pengumuman hari ini mengesahkan khabar angin yang bertiup kencang sejak beberapa bulan lalu bahawa Perdana Menteri akan berkahwin semula.

Jeanne Abdullah dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik.

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan penghotelan setelah terlibat dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di Malaysia, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific.

Jeanne juga pernah bertugas sebagai Pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana. Jeanne mempunyai dua orang anak, Nadiah dan Nadene.

Nampaknya terpaksalah Rosmah Mansur melepaskan jawatan wanita pertama Malaysia kepada bakal Ibu Imam Al Hadhari ini. Meloponglah Rosmah menanti bilakah tarikh jawatan itu dipulangkan kepadanya, itu pun kalau Najib jadi Perdana Menteri.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59