Friday, 8 June 2007

HIMPUNAN 100,000 : PEMUDA PAS TUNGGU 'SIGNAL'


Pemuda PAS sedang menunggu arahan Presiden parti itu, YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk menghantar 100,000 ahlinya ke Putrajaya untuk mengadakan bantahan mengenai kepincangan demokrasi di negara ini, kata Ketuanya, YB Salahuddin Ayub.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pemuda PAS kini dalam keadaan siap sedia dan mereka boleh dihantar pada bila-bila masa sahaja ke Putrajaya.

"Jika hari ini Abdul Hadi mengarahkan Pemuda PAS mengadakan bantahan di Putrajaya, hari ini juga kita akan mengadakan bantahan di sana.

"Kita perlu menghantar isyarat kepada kerajaan bahawa demokrasi di Malaysia berada dalam tahap yang buruk dan memalukan," katanya.

Sehubungan itu, ketika dihubungi semalam, Salahuddin berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat bulanan PAS di ibu negara Sabtu ini.
Beliau mendakwa kerajaan menggunakan demokrasi yang mereka tentukan sendiri dengan menekan rakyat dan pembangkang untuk memastikan mereka terus berkuasa.

"Kerajaan telah menggunakan pelbagai akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), menggunakan polis dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk kepentingan politik mereka.

PAS Kelantan sokong

"Dengan perkataan lain, demokrasi Malaysia ditentu dan dikuasai oleh kerajaan yang memerintah dan bukannya untuk kepentingan rakyat terbanyak," katanya.

Katanya, ketika negara- negara lain sedang sibuk menyuburkan demokrasi, Kerajaan Malaysia pula menggunakan pilihanraya untuk menutup kepincangan yang berlaku berlaku dalam demokrasi negara ini.

"Kami tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan kerana ia akan membawa kerosakan yang lebih teruk kepada rakyat dan negara ini," katanya.

Salahuddin berkata, semua pihak, termasuk bukan ahli PAS, perlu ikut serta sebagai tanda sokongan kepada usaha memulihkan demokrasi di dalam negara ini.

Pendapat itu turut disokong Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang berkata, bantahan tersebut perlu kerana kerajaan sedia ada hari ini merupakan gabungan antara demokrasi dan kuku besi.

"Ahli PAS Kelantan sanggup turun ke Putrajaya untuk berkumpul di depan Pejabat Perdana Menteri bagi menggesa kerajaan memulihkan demokrasi di negara ini," katanya.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59