Wednesday, 13 June 2007

GERAKERJA PILIHANRAYA SEMAKIN CERGAS DI KAWASAN BUKIT KATIL


Demam pilihanraya umum semakin terasa dan seolah-olah parlimen akan dibubarkan sehari dua ini. Demam itu juga 'berjangkit' ke Kawasan Bukit Katil apabila jentera pilihanraya 2 dari 4 DUN dalam parlimen Bukit Katil semakin cergas mengendalikan program masing-masing.

Penyelaras Pilihanraya PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Ali Sharif menyatakan bahawa Gerakerja pilihanraya di dalam kawasan Bukit Katil semakin cergas sejak 2 bulan lalu. Jentera MTD Bukit Baru dan MTD Ayer Molek dilihat semakin aktif menjalankan program masing-masing.

Di Bukit Baru, gerakerja dan jentera MTD dan UPU akan dirasmikan oleh Ustaz Zulkifli Ismail Ketua Dewan Ulama' negeri Melaka pada 16 Jun 2007. Manakala pada sebelah malamnya di diadakan Ceramah Umum oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ashad.

MTD Ayer Molek pula akan mengadakan Ijtima' MTD, UPU dan cawangan-cawangan pada 1 Julai. Sebelum itu program jom turun padang akan diadakan pada 17 Jun ini di UPU Paya Dalam.

Selain itu sejak bulan lalu, jentera pilihanraya negeri (JPN) sedang giat mengendalikan kursus pilihanraya kepada semua AJK MTD. Pada 14 Jun ini Kursus Portfolio Pengangkutan dan Logistik akan diadakan.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59