Monday, 18 June 2007

GERAKERJA DEKATI MASYARAKAT MESTI BERTERUSAN- TIMBALAN PESURUHJAYA MELAKA


Gerakerja mendekati masyarakat melalui program kebajikan dan ziarah mesti diteruskan tanpa mengenal penat dan lelah. Ini kerana melalui kerja-kerja sebegini sahajalah PAS akan dikenang dan mendapat tempat di hati masyarakat.

Kenyataan di atas disuarakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Hj Bakrin Sidek ketika menyampaikan ucapan perasmian pada program ‘Jom Turun Padang’ anjuran bersama Majlis Tindakan DUN (MTS) Ayer Molek dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil di sini semalam.

“Kadang-kadang PAS ini tidak disedari kehadirannya oleh rakyat kerana kita bergerak dalam ‘kelambu’ sendiri yang akhirnya rakyat tidak merasa PAS diperlukan, sebalik ada yang menganggap PAS sebagai pemecahbelah masyarakat kerana mengasingkan diri dari mereka” tegas Hj Bakrin yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil.

“Gerakan kebajikan dan kemasyakatan ini mesti diteruskan tanpa mengira musim kerana isu-isu kebajikan dan kemasyarakatan sentiasa ujud tidak masa dan tempat. Oleh itu jentera kita mesti bersedia 24 jam untuk turun membantu dan menanganinya” tambah Hj Bakrin lagi.

Sementara itu Pengarah MTD Ayer Molek, Hj Yassim Musa menyatakan bahawa seramai 58 orang petugas telah bersama-sama menjayakan program tersebut. Beliau menyifatkan bahawa program tersebut telah berjaya mencapai matlamat yang digariskan oleh MTD Ayer Molek tetapi enggan menyatakan data yang lengkap tentang hasil gerakerja program tersebut.

Program ‘Jom Turun Padang’ di Peti Undi Paya Dalam ini merupakan program ziarah dan ramah mesra antara PAS dan penduduk setempat. Di samping itu petugas-petugas juga mengambil kesempatan untuk bertukar-tukar pandangan dan idea tentang isu-isu semasa di peringkat nasional mahu pun tempatan.

Salah seorang peserta yang ditemui selepas program tersebut iaitu Abdul Latif Md Deris menyatakan bahawa kesemua penduduk yang ditemui memberikan ‘response’ yang baik kepadanya.

“Mereka melayan kami dengan baik dan bersedia untuk bertukar-tukar pandangan walaupun ada antara mereka merupakan ahli dan penyokong Umno” jelas Latif yang merupakan Ahli Jawatan Kuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Antara pimpinan Negeri dan Kawasan turut sama menjayakan program tersebut ialah Setiausaha Jentera Pilihanraya Negeri (JPN), Bahiki Ismail; Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Dr Khatijah Jumangat; Naib Ketua DMP Negeri, Haziah Ismail; AJK Dewan Pemuda Negeri, Ghazali Othman; Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Salim Tahir; Ketua Penerangan PAS Kawasan Ustaz Khairul Che Salleh, Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Baru, Ramli Dalip; Pengarah Majlis Tindakan DUN Bachang, Hj Abdullah Ahmad dan lain-lain pimpinan PAS Kawasan, Dewan-dewan, Majlis Tindakan DUN, Unit Peti Undi, cawangan serta ahli-ahli PAS setempat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59