Tuesday, 5 June 2007

CINA DAPAT DURIAN RUNTUH DI JOHOR. TANDA PILIHANRAYA SEMAKIN DEKAT


Rakyat berketurunan Cina di Johor mendapat durian runtuh. Ini adalah antara tanda-tanda bahawa Pilihanraya Umum semakin hampir.

Media melaprokan bahwa Kerajaan Johor mengumumkan bantuan kewangan sebanyak RM2.5 juta kepada sekolah Cina dan untuk membina rumah ibadat di Johor.

Wang tersebut akan disalurkan melalui MCA – RM1.5 juta (Ini ynag tidak betul ini- mana boleh peruntukan disalurkan kepada parti politik) untuk sekolah Cina bantuan kerajaan dan swasta dan RM1 juta lagi untuk membantu membina rumah ibadat dan pemilikan tanah untuk -rumah ibadat.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman memberitahu pemberita demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor, yang diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam.

"Mengenai kedudukan sekolah rendah Cina, swasta dan bantuan kerajaan, saya bersetuju menyampaikan bantuan kewangan ini.

“Manakala bantuan kepada rumah ibadat di Johor ini perlu untuk membolehkan mereka kekal lebih lama dan mendapat status rumah ibadat di Johor," katanya.

Menurut laporan Bernama, Abdul Ghani berkata, kerajaan negeri juga bersetuju membantu MCA memindahkan tiga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina, yang kekurangan pelajar dan terletak di kawasan luar bandar, ke Johor Bahru.

Keperluan mendesak

Pemindahan itu, katanya, lebih bertujuan untuk menampung keperluan yang lebih mendesak di Johor Baharu kerana perkembangan penduduk Cina.

Turut dibincangkan dalam pertemuan itu ialah permintaan kepada kerajaan negeri untuk mengadakan satu garispanduan yang lebih jelas dalam soal kawasan perumahan yang berpagar, katanya.

Kini wujud pertelingkahan, terutamanya selepas tindakan Majlis Perbandaran Johor Bahru meruntuhkan pagar yang dibina penduduk di beberapa kawasan perumahan untuk tujuan keselamatan.

Abdul Ghani turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju menambah bilangan pemerhati daripada MCA pada mesyuarat Majlis-majlis Daerah di Johor.

Sementara itu, Dr Chua yang melahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri berkata MCA telah mengenalpasti tiga bidang tanah yang akan dimajukan sebagai rizab sekolah Cina yang akan dipindahkan.

Rizab tanah itu terletak di kawasan perumahan Horizon Hill di Skudai, Taman Impian Emas di Johor Baharu dan Bandar Bistari Perdana di Pasir Gudang.

Daripada jumlah bantuan RM1.5 juta itu, Dr Chua berkata RM400,000 akan disalurkan kepada lapan sekolah menengah swasta di Johor dan RM300,000 untuk Kolej Selatan di Johor Bahru.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59