Tuesday, 5 June 2007

BALIK KE BAHASA MALAYSIA : KERAJAAN ISLAM HADHARI UNDUR KE BELAKANG


Tindakan Kerajaan Malaysia menggunakan semula istilah Bahasa Malaysia bagi merujuk kepada bahasa kebangsaan adalah tindakan yang amat merugikan setelah Bahasa Melayu diterima oleh semua kaum untuk digunakan di sekolah-sekolah dan lain-lain institusi.

Alasan kerajaan yang menyatakan bahawa penukaran ini bertujuan mengelakkan polemik daripada pihak yang menganggap ia hanya untuk kaum tertentu sahaja tidak boleh diterima akal.

Mengapa sebelum ini Bahasa Melayu diterima? Itulah persoalan yang ditimbulkan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK), Ghazali Othman ketika dihubungi pagi ini.

"Seolah-olah ada tekanan dari pihak tertentu yang mahukan Bahasa Malaysia ditukar kembali kepada Bahasa Melayu" kata Ghazali.

Semua kementerian dan institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta diarah memaklumkan kepada jabatan serta agensi masing-masing untuk menggunakan istilah bahasa Malaysia dalam surat-menyurat, notis dan dokumen, berkuat kuasa serta-merta.

Istilah bahasa Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selepas negara mencapai kemerdekaan sebagai langkah menyemai identiti Malaysia.

Ia diguna pakai sehingga 1986 apabila Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar subjek Bahasa Malaysia kepada Bahasa Melayu.

Sebelum ini penggunaan Bahasa Melayu langsung tidak mendatangkan masalah kepada semua rakyat.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59