Sunday, 10 June 2007

ANNUAR TAK PERLU JANJI PADA RAKYAT KELANTAN. SEMUA MEREKA SUDAH MASAK DENGAN UMNO


Umno Kelantan menyediakan tujuh perkara utama dalam manifestonya bagi pilihan raya umum akan datang untuk membawa perubahan di Kelantan di bawah tajuk "Manhaj Islam Hadhari".

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Annuar Musa berkata tujuh perkara itu yang disebutnya sebagai paksi adalah bagi menggantikan konsep Membangun Bersama Islam yang dibawa oleh PAS.

"Inilah pendekatan kami dan janji kami kepada rakyat Kelantan selepas mengambil kira semua pandangan masyarakat dalam menentukan masa depan Kelantan yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan dan menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Wanita Umno Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata paksi pertama ialah menempatkan Islam paling hadapan dalam segala perkara.

"Kadi, mufti dan ulama diberi kedudukan yang mulia di sisi masyarakat bukannya sebagaimana sekarang kadi dan mufti sebagai pelengkap majlis sahaja," katanya.

Sedarkah Annuar bahawa mufti dan ulama tiada tempat di dalam Umno. Pendapat dan fatwa Mufti diketepikan sepertimana fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Perak tentang haramnya Jom Heboh, tetapi ianya tidak diendahkan oleh pemimpin Islam Hadhari apabila mereka terus membiarkan program tersebut diadakan.

Beliau berkata paksi kedua ialah menghapuskan kemunduran dengan mensasarkan "miskin sifar" bagi mengubah corak hidup masyarakat yang kini dianggap terpinggir berbanding negeri lain terutama dari segi pembangunan.

Bukankah Umno telah diamanahkan sebagai Kerajaan Kelantan sejak 1977 hingga 1990 dan sebelum itu sejak 1957, mengapa mereka gagal mentadbir dan menghapuskan kemunduran. PAS hanya memerintah dari 1990 hingga sekarang, malah PAS didiskriminasikan oleh Kerajaan Pusat yang menyebabkan peruntukan tidak disalurkan kepada kerajaan negeri.

"Paksi ketiga, merakyatkan pembangunan, dengan menitikberatkan hasil yang dikeluarkan dalam negeri seperti hasil balak untuk dimanfaatkan rakyat sebagai pembayar cukai," katanya.
Kalau bagi kepada Umno rasanya bukan dapat kepada rakyat tetapi habis 'disebat' oleh pimpinan Umno.

Annuar berkata perkara keempat manifesto itu ialah ialah menggilap modal insan agar rakyat tidak terus bergantung dengan pekerjaan di negeri lain di samping mengurangkan pengangguran dalam kalangan belia.
Betul ke Annuar, Terengganu diperintah oleh Umno pun ramai yang menganggur, yang ada kerja pun terpaksa berhenti kerana 'company' tutup.

Beliau berkata paksi kelima ialah menghapus kemiskinan dalam kalangan kira-kira 21,000 keluarga miskin.
Negeri yang diperintah oleh BN iaitu Kedah dan Sabah rakyatnya lebih miskin dari Kelantan. Mengapa Umno tidak dapat mengatasi masalah kemiskinan ini.

Yang keenam, katanya, mempelbagaikan sumber pendapatan negeri bagi mengurangkan penggantungan terhadap hasil hutan terutama balak dan sumbangan kerajaan persekutuan sebanyak 50 peratus dari hasil kerajaan negeri.
Negeri-negeri BN lebih teruk dari Kelantan apabila kesemua negeri-negeri tersebut berhutang sehingga berbillion ringgit. Malah negeri-negeri tersebut langsung tidak membayar hutang berbanding dengan kerajaan PAS yang sejak dari dahulu komited membayar hutang kepada kerajaan pusat.

Paksi ketujuh, katanya, memperkayakan seni budaya dan warisan dengan memberi peluang kepada pengiat seni terus hidup di negeri ini.
Tidak ada gunanya memperkayakan budaya dan warisan ini jika perkara-perkara khurafat dan tahyul yang diharamkan oleh Islam menyebabkan ditimbulkan kembali. Sedangkan kerajaan Islam Kelantan sentiasa berusaha memperkayakan seni budaya dan warisan dengan memastikan ianya tidak bertentangan dengan Islam.

Nampaknya Annuar Musa ini tidak mempunyai idea baru untuk menentang PAS di Kelantan. Kalau inilah manifesti BN kita yakin BN akan bungkus di Kelantan dengan syarat tidak ada penyelewengan yang dilakukan oleh Umno/BN, SPR dan agensi-agensi lain pada Pilihanraya akan datang.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59