Friday, 11 May 2007

'UMNO TIDAK AKAN BERKUASA SELAMA-LAMANYA'



Kerajaan Thamud yang membina rumah dan istana dari batu-besar akhirnya ditumbangkan oleh Allah, begitu juga Namrud yang gah berkuasa tewas di tangan nyamuk, inikan pula Umno yang makan nasi seperti kita sudah pasti akan berkubur akhirnya. Janganlah pemimpin-pemimpin Umno mendabik dada dan bongkak menyatakan bahawa Umno akan terus berkuasa. Cerminlah kepada diri sendiri adakah kekuasaan yang kamu miliki ini diperolehi dengan jalan yang betul dan halal.

Hari ini dalam 'wasiat'nya sempena sambutan ke-10 Umno baru (ke-61 Umno lama yang dah mati) di Kuala Lumpur, Presiden Umno, Imam Al Badawi Wal Hadhari berwasiat bahawa Umno akan terus kekal di atas dunia selagi orang melayu terus ujud di dunia. Beliau juga mahu orang melayu terus berjuang bersama-sama dengan Umno walaupun dia sendiri mungkin sedar bahawa Umno sudah jauh menyimpang dari matlamat perjuangan sebenar iaitu untuk membela orang melayu, Islam dan tanahair. Matlamat perjuangan itu sebenarnya sudah lama berkubur tanpa nesan. Kini matlamat ahli-ahli Umno dan pemimpin Umno alaf baru hanyalah untuk kekuasaan dan kekayaan masing-masing.

Tidak perlulah Imam Al Badawi bermadah kononnya Umnolah satu-satunya parti yang mampu membela orang melayu sampai bila-bila. Sedarkah Imam Al Hadhari bahawa Umnolah yang menghancurkan kedaulatan orang melayu di tanahair sendiri apabila menghadkan kuasa raja-raja, menghapuskan pemberian biasiswa, menghapuskan bahasa melayu, menghapuskan tulisan jawi, memberhentikan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat, membunuh Bank Bumiputera, gagal mencapai matlamat DEB, gagal mengawal gejala murtad, gagal menyelesaikan masalah penagihan dadah dan seribu satu macam lagi masalah yang tidak cukup masa dan ruang untuk ditulis.

Semua bekas pemimpin dan pemimpin Umno sekarang tidak boleh dipercayai. Hampir kesemuanya mempunyai skandal dan kontroversi. Malah semua tuduhan dan dakwaan ke atas mereka tidak mereka jawab dengan jujur. Tetapi mereka terlepas kerana mahkamah, hakim, Polis, BPR, SPR dan lain-lain semua tunduk patuh kepada mereka kerana ingin menjaga periuk nasi masing-masing.

Pegawai-pegawai agensi-agensi kerajaan ini termasuk pemimpin-pemimpin Umno sebenarnya langsung tidak bermaruah kerana sanggup menggadaikan masa depan negara dan rakyat hanya semata-mata untuk menjaga perut dan 'bawah perut' masing-masing.

Sedarlah wahai Imam Al Hadhari, Umno sebenarnya gagal membela orang melayu dan agama Islam. Andai kata Umno masih berkuasa (menang pilihanraya dengan menipu dan rasuah) maka kita menjangkakan suatu hari nanti orang melayu akan merempat di negara sendiri.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59