Thursday, 10 May 2007

UMAT ISLAM TERUS DILAYAN BAGAI BINATANG : PEMIMPIN ISLAM HADHARI TERUS MEMBISU KECUT PERUT



Umat terus dilayan bagaikan binatang apabila nyawa mereka langsung tidak benilai di mata golongan kufar. Apa yang lebih malang kezaliman dan penganiayaan ke atas mereka ini seolah-olah disokong dan diredhai oleh pemimpin-pemimpin umat Islam sedunia. Mereka senyap seribu bahasa tanpa mengambil sebarang tindakan tegas sejak dahulu lagi.

Semalam sekurang-kurangnya 21 lagi penduduk awam Afghanistan, termasuk wanita dan kanak-kanak mati dibedil serangan udara terbaru tentera asing, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) atas alasan memburu Taliban di selatan negara itu malam kelmarin.

Kenyataan Gabenor Helmand Assadullah Wafa itu dibuat ketika tentera Amerika Syarikat mendakwa seorang askarnya turut maut di kawasan berkenaan.

Satu laporan lain pula menyiarkan kenyataan pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan lebih 50 orang awam mati dibunuh serangan diketuai tentera Amerika yang mencetuskan bantahan di sekitar Afghanistan, minggu lalu.

Akhbar Britain, Telegraph dalam laporannya semalam mendedahkan kenyataan pemimpin masyarakat Afghanistan yang mendakwa tentera Amerika turut memusnahkan beberapa perkampungan dalam operasi berkenaan.

“Malam semalam, pesawat tentera Nato membedil sebuah perkampungan di daerah Sangin, wilayah Hemland, lewat kelmarin. Antara yang mati adalah wanita dan kanak-kanak,” kata Wafa.

Beliau sudah mengarahkan pasukan penyiasat ke tempat kejadian bagi mendapatkan butiran sebenar kejadian dan tidak dapat mengulas lanjut setakat ini.

Tentera Amerika dan Nato sememangnya beroperasi di sepanjang kawasan kejadian.

Tentera Amerika dalam satu kenyataan berasingan mendakwa salah seorang askarnya maut di Sangin, lewat kelmarin, dalam serangan pejuang Taliban yang bersenjatakan mortar dan pelancar roket.

“Tiada sebarang laporan mengenai kemalangan jiwa penduduk awam,” kata kenyataan tentera penceroboh itu yang tidak menyebut langsung penggunaan serangan udara dalam pertempuran itu.

Dakwaan kematian orang awam dalam beberapa insiden, mencetuskan kemarahan ramai rakyat Afghanistan serta memaksa Presiden Hamid Karzai menggesa tentera asing berhati-hati dalam operasi mereka.

Sementara itu, Telegraph melaporkan semalam, pakar tentera yang berkhidmat dengan Agensi Perisikan Pusat Amerika (CIA) adalah antara askar Washington yang didakwa membunuh lebih 50 orang awam ketika melakukan operasi memburu pemimpin Taliban, minggu lalu.

Misi Amerika itu dilakukan di luar kawalan pusat Nato. Akhbar itu difahamkan yang unit komando turut disertai pegawai CIA, dibantu pesawat jenis C130 Spectre.

“Ada banyak pesawat ketika kejadian. Saya melihat sendiri mayat kanak-kanak. Dua hari selepas itu, kami menemui seorang lelaki yang masih hidup di celah runtuhan,” kata pemimpin puak perkampungan Bakhtabad, Abdul Rasool.

Kenyataannya selaras hasil siasatan pasukan PBB, kerajaan Afghanistan dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia negara itu.

“Kami menemui 57 mayat orang awam di kawasan itu,” kata Khazi Gulam Nabi Hakak, penyiasat suruhanjaya berkenaan.

“Ini termasuk 10 wanita dan sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak. Ada di antara mangsa mati ketika cuma menyelamatkan diri dengan menyeberangi sungai,” katanya.

Petugas Hospital Shindand berkata mereka merawat 26 orang termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua.

Operasi itu, kata Telegraph mencetuskan rasa gelisah di kalangan pemimpin tentera Nato di Brussels dan Kabul.

Tentera Amerika sebaliknya menyifatkan operasi berkenaan satu kejayaan dengan mendakwa ia dapat membunuh 136 pejuang Taliban tanpa satu pun kematian awam.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59