Wednesday, 9 May 2007

TAHNIAH BUAT SKUAD HOKI MALAYSIA KERANA LAYAK KE SEPARUH AKHIR


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan skuad hoki negara kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang berlangsung di Ipoh.

Bernama melaporkan bahawa Malaysia muncul pasukan pertama dari Kumpulan B melayakkan diri ke separuh akhir selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah kali ke-16 di sini semalam.

Ketua Lajnah Sukan, Seni dan Budaya DPPBK, Puad Abdul dalam kenyataannya petang tadi melahirkan rasa gembira dengan kejayaan ini kerana katanya kali terakhir Malaysia menewaskan Korea Selatan ialah pada 1997 dalam siri ujian di Malaysia.

"Kejayaan melayakkan diri ke Separuh Akhir ini diharapkan menjadi satu detik bersejarah untuk menaikkan nama Malaysia di persada hoki antarabangsa sepertimana pernah dilakukan pada tahun 1975 dalam Kejohanan Piala Dunia di mana kita berjaya menduduki tempat keempat" tambah Puhad dengan gembira.

"Kita masih ingat bagaimana Phoon Fook Loke, Sri Shanmuganathan, Khairuddin Zainal dan lain-lain bermain dengan penuh semangat tanpa mengenal penat lelah sehingga Malaysia berjaya melangkah ke Separuh Akhir pada kejohanan tersebut" kata Puad menyingkap peristiwa silam yang tidak dapat dilupakan beliau.

Puad juga berharap pemain-pemain muda Malaysia sekarang ini mencontohi semangat juang mereka agar pasukan dihormati dan disegani oleh gergasi-gergasi hoki dunia seperti Belanda, Pakistan, Jerman, Korea Selatan dan Australia.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59