Wednesday, 16 May 2007

SUDAH BERBULAN-BULAN JALAN PECAH BELUM DIBAIKI LAGI



BUKIT LINTANG : Jalan berhampiran longkang Solok Gaung di sini, yang pecah sejak beberapa bulan lalu disebabkan lori keluar masuk untuk mengangkut tanah masih gagal dibaiki oleh pihak berwajib.

Laluan itu amat berbahaya terutama pada waktu malam kerana kenderaan yang mengambil selekoh di kampung itu berpotensi untuk terlibat dengan kemalangan. Selain itu penunggang motorsikal sering terdedah dengan bahaya apabila melalui jalan ini kerana motorsikal mereka mungkin terbalik apabila terlanggar lubang-lubang tersebut.

Dari tinjauan kami kira-kira 200 kenderaan keluar masuk dan menggunakan laluan sekunder yang menghubungkan Jalan Ayer Molek dengan Bukit Lintang dan lebih 1,000 penduduk bermaustatin di sini.

Timbalan Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Ustaz Abu Bakar Ramle ketika dihubungi di sini pagi ini menggesa pihak terwajib seperti MBMB dan JKR supaya membaiki jalan ini secepat mungkin demi keselamatan para pengguna.

"Jangan nanti jalan memakan korban baru terhegeh-hegeh nak baiki" kata Ustaz Bakar dengan nada sinis.

Beberapa hari lalu blog ini juga mendedahkan keadaan jalan dari Masjid Ayer Molek ke Simpang Jenuang yang berlubang dan senget walaupun baru diturap 2 bulan lalu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59