Monday, 28 May 2007

SILING HOSPITAL PULA RUNTUH



SUNGAI PETANI – Satu demi satu kejadian runtuh berlaku di bangunan-bangunan kerajaan sejak beberapa lalu mungkin menjelaskan kepada kita bahawa ada yang tidak kena dengan proses pemberian tender, pemeriksaan dan kelulusan projek yang telah siap. Perkara tidak harus dipandang sepi oleh rakyat kerana ianya melibatkan keselamatan orang ramai.

Dakwaan pelbagai pihak bahawa ujudnya berbagai penyelewengan dan ketidaktelusan semasa sesuatu projek diuruskan dari pemberian tender hingga ke pringkat kelulusan, mempunyai asasnya berikutan kejadian-kejadian memalukan ini.

Semalam satu lagi kes yang amat memalukan berlaku di mana lima keping siling wad kanak-kanak, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini runtuh.

Kejadian yang dipercayai berlaku pukul 2 petang itu menyebabkan ibu yang menemani anak mereka di hospital tidak dapat menggunakan kemudahan di bilik penyusuan, wad kanak-kanak berkenaan.

Hospital baru bernilai RM468 juta itu siap pada Julai tahun lalu dan proses perpindahan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sejak 10 Disember tahun lepas.

Pada Januari lalu, para pengunjung HSAH dikejutkan dengan kejadian kafeteria dilimpahi air najis ekoran saluran paip kumbahan bocor.

Sebelum ini, kejadian siling runtuh berlaku di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur melibatkan bilik Setiausaha Mahkamah Tinggi Sivil 6 dan siling Dewan Serbaguna Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Putrajaya.

KES INI SUNGGUH MEMALUKAN DAN MENJEJASKAN MARUAH KEMENTERIAN. SEPATUTNYA 2 MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB KEPADA KEMENTERIAN KESIHATAN DAN KERJA RAYA MESTI LETAK JAWATAN

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59