Monday, 21 May 2007

SIAPA YANG GADAI NEGARA - PAS ATAU UMNO?



Berkatalah menantu kesayangan Imam Al Hadhari, Khairy Jamaluddin (Kepala Samseng) bahawa Kerajaan Kelantan gadai negeri kepada orang luar dalam projek-projek kerajaan negeri. Menurut Khairy, tiga konsesi balak di kawasan itu diberikan kepada rakyat Singapura.

Beliau berkata, Pas sebaliknya lebih banyak memberikan peluang ekonomi kepada warga asing dan bukannya rakyat negeri ini seperti yang berlaku di kawasan tanah tinggi Lojing. Lantaran itu beliau mengajak anak muda Kelantan menolak Tok Guru.

Beliau membuat kenyataan itu kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari di rumah Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh di Kota Bharu semalam.

Kita nak tanya Khairy siapa yang sebenarnya menggadaikan negara. Bukan hanya satu negeri yang digadai malah semua negeri di Malaysia telah digadaikan kepada orang. Pulau Pinang telah lama tergadai. Johor semakin hari semakin kecil pemilikan oleh orang melayu. Malah rakyat Singapura semakin menguasai tanah dan perniagaan di sana. Penubuhan Jawatankuasa Bersama WPI juga merupakan satu lagi kedurjanaan Umno menggadaikan maruah dan kedaulatan negara kepada Singapura.

Ekonomi negara telah lama tergadai oleh kerana dasar kerajaan Umno yang gagal menjamin kedaulatan Melayu. Agama telah lama tergadai, murtad berleluasa. Bahasa Melayu semakin pupus ekoran dasar Umno yang mengagung-agungkan Bahasa Inggeris.

Tidak cukup rasanya fakta untuk ditulis disini tentang kedurjanaan Umno menggadaikan agama, bangsa dan kedaulatan negara.

Tak payahlah Khairy dan bersyarah kepada orang Kelantan sebab sebahagian besar mereka lebih cerdik dan bermaruah dari Khairy sendiri.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

Anonymous said...

BETUL dan budak sekog ni perlu diberi pelajaran..disebalik kita berdoa mudah2an dia bertaubat seandainya sebaliknya kita berserah kpd ALLAH saja.InsyALLAH.

Anonymous said...

Sama2 tak betul, pertama ente jawab dulu tuduhan si Kery tu, apacite sebenar di Lojing yang dikatakan terjual pada warga asing, takpun PAS kena saman balik kerajaan serta merta. Takat jawab hang pun tak betul apa guna, cuma menguatkan dakwaan c Kery jer...

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59