Wednesday, 9 May 2007

SETELAH PATUNG BESAR HINDU BATU CAVES DIDIRIKAN KINI 'GODDESS OF THE SEA' PULA AKAN DIDIRIKAN



Melihat kepada kelembikan dan kelemahan Imam Al Hadhari maka tidak akan pelik jika sekiranya patung terbesar 'The Goddess of the sea' akhirnya diberi kebenaran untuk di bina di Kudat Sabah.

Ini bukan kali pertama perkara berlaku sebelum patung Hindu(gambar) yang amat besar didirikan di Batu Caves. Malah ada yang berkata bahawa sebahagian dari kos pembinaan patung hindu tersebut dibiayai oleh kerajaan Islam Hadhari Khir Toyo.

Jadi kita yakin bahawa patung 'The Goddess of the sea' ini akan tetap di bina sebagaimana tuntutan masyarakat Cina Sabah.

Isu pembinaan semakin hangat apabila ia merupakan antara sebab mengapa bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Chong Kah Kiat meletakkan jawatan setelah tidak berpuashati dengan cara Musa Aman mengendalikan isu pembinaan patung ini.

Mungkin dalam diam-diam patung ini akan dibina sebagaimana patung hindu dulu di mana tiba-tiba sahaja ia tersergam di depan gua Batu Caves. Ada yang terperanjat kerana tidak sangka patung sebesar itu dibenarkan oleh pembinaanya oleh kerajaan Islam Hadhari.

Hari ini Harakahdaily melaporkan bahawa Abim Sabah mempersoalkan motif pembinaan patung 'The Goddess of the Sea' yang dicadangkan di Kudat, Sabah, sambil mempersoalkan apakah ia selari dengan amalan Islam Hadhari?

"Apakah motifnya untuk menarik pelancong atau sebaliknya perancangan jangka panjang untuk mengubah landskap fizikal negara?" tanya Yang DiPertua Abim Sabah, Muddin Betting dalam satu kenyataannya baru-baru ini.

Beliau berkata sebagai sebuah negara yang dalam perlembagaannya meletakkan Islam sebagai agama rasmi, adalah penting prinsip ini dipertahan dan dijelmakan dalam realiti kehidupan bermasyarakat.

"Abim melihat pembinaan patung 'Chinese Goddess' di kawasan terbuka di Kudat sebagai bertentangan dengan prinsip perlembagaan di atas, lebih-lebih lagi yang bakal dibina merupakan 'Chinese Goddess' tertinggi di dunia.

"Abim tidak dapat menerima hujah yang mengatakan bahawa ia bakal menjadi sumber tarikan pelancong di Malaysia, khususnya di Kudat.

"Ini kerana banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk menarik pelancong ke negeri ini, dan bukannya perkara yang bakal mengundang sensitiviti terutama di kalangan masyarakat Islam yang merupakan kelompok terbesar di Malaysia.

"Yang perlu ditingkatkan adalah usaha-usaha mempromosi keindahan alam sekitar negeri Sabah khususnya dan negara amnya sebagai khazanah alam yang sangat bernilai, yang diiktiraf sebagai salah satu 'mega-biodiversity hotspot' dunia," jelasnya.

Katanya, Abim juga berpandangan tindakan membina patung ini sama sekali tidak selari dengan prinsip Islam Hadhari.

Sehubungan itu, katanya Abim menggesa semua pemimpin politik, NGO, dewan perniagaan, dan persatuan suku kaum bertindak bijaksana dalam menangani isu ini.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

Anonymous said...

sebagai seorang rakyat malaysia yg beragama hindu, patung yg dibina di batu caves merupakan lambang diversiti di malaysia. Ia seharusnya dilihat sebagai satu anjakkan paradigma dalam pemikiran kerajaan kita. Penerimaan pembinaan patung tersebut menunjukkan kematangan serta keunikan malaysia sebagai sebuah negara yg mempunyai pelbagai kaum. lagipun, ia dibina di batu caves yg sudah sinonim dengan thaipusam serta menjadi tempat suci bagi masyarakat hindu di serata dunia. Saya agak kecewa sekiranya perkara ini dilihat sebagai satu isu negatif.

zubir said...

Abim menentang Goddess of the Sea kerana ia bertentangan dengan Islam Hadhari.
Untuk penganut Islam hadhari, anda perlu tahu dalam Islam Hadhari, yang haram boleh jadi halal dan yang halal boleh jadi haram.Kalau terdapat was-was diantara haram dan halal, maka ianya dianggap halal.
Islam hadhari ini, dikatakan satu pendekatan politik untuk memajukan umat. Ada yang kata ianya sesat dan ada yang kata orang yang tak terima islam hadhari adalah sesat.Oleh itu Abim kena faham pada pendapat penganut Islam Hadhari pembinaan Patung Goddess of the sea, adalah perkara yang was-was.Oleh itu hukumnya adalah seperti yang telah disebutkan diatas. Tidak timbul soal ianya bertentangan dengan Islam Hadhari.
Sekian adanya.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59