Monday, 28 May 2007

SEMINAR KECEMERLANGAN GURU PASTI ANJURAN DPP BUKIT KATIL DAPAT SAMBUTAN BAIK



Bukit Katil : Seminar Kecemerlangan Guru PASTI anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil(DPPBK) yang bermula hari ini mendapat sambutan hangat apabila 54 orang guru PASTI menghadirinya.

Ketua Jabatan PASTI DPPBK, Khairuddin Ismail dalam kenyataannya kepada blog ini menyatakan sambutan yang diterima oleh pihak penganjur amat menggalakkan kerana pihaknya hanya menjangkakan penyertaan sekitar 20-30 orang sahaja.

"Semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru PASTI yang sanggup 'menggadaikan' cuti mereka amat disanjung dan ini jelas menunjukkan bahawa mereka sentiasa istiqamah dalam tugas mereka mendidik anak-anak ke arah Islam yang syumul" jelas Khairuddin yang juga merupakan AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

Walaupun pada awalnya seminar ini dikhususkan kepada guru-guru PASTI Kawasan Bukit Katil tetapi penyertaan juga dibuka kepada kawasan-kawasan lain.

Salah seorang guru PASTI yang hanya mahu dikenali sebagai Ida, 29 menjelaskan bahawa kursus dan seminar sebegini amat menarik minatnya demi untuk meningkatkan kemahiran mengajar dan menguasai kelas.

"Kami memang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar seperti ini demi untuk meningkatkan kemahiran kami untuk mengajar dengan menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan sistematik" jelas beliau dengan bersungguh-sungguh.

Seminar sehari ini dijalankan di Madrasah Ar Rahmah Solok Gaong dan ianya dikendalikan oleh seorang tenaga pakar dari Kementerian Pelajaran.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59