Wednesday, 2 May 2007

SELAMAT HARI PEKERJA DARI DEWAN PEMUDA BUKIT KATIL



Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua warga Malaysia khususnya warga pekerja yang bermastautin di dalam Kawasan Parlimen Bukit Katil. Tarikh keramat 1 Mei bukanlah sekadar tarikh untuk kita merehatkan diri daripada tanggungjawab dan bebanan kerja dan untuk kita bercuti semata-mata tetapi seharusnya dijadikan sebagai hari untuk kita mengambil peluang menyatakan sikap kita sebagai pekerja.

Ini merupakan peluang dan ruang yang disediakan kepada para pekerja diseluruh negara untuk meluahkan sikap mereka terhadap apa yang mereka lalui sebagai warga pekerja. Adakah kita telahpun merdeka sebagai seorang pekerja ataupun kita masih dikongkong dan dijajah pemikiran dan jati diri.

Media massa sudah tentunya memberikan ruang yang cukup luas untuk sambutan ini dan tentunya liputan ini akan menggambarkan bahawa pekerja-pekerja di Malaysia amat berpuas hati dengan layanan kerajaan dan majikan terhadap mereka. Sedangkan di sana masih terdapat tekanan dan gangguan yang dihadapi oleh pekerja tetapi tidak dilaporkan secara adil.

Sejarah membuktikan bahawa bukan mudah sebenarnya 1 Mei ini digazetkan sebagai cuti umum kerana ianya hanya bermula pada tahun 1972 hasil daripada kesungguhan pejuang terdahulu yang memperjuangkan hak para pekerja di Malaysia sehinggalah akhirnya kerajaan telah bersetuju untuk menobatkan hari pekerja yang kita akan sambut pada 1 Mei.

Kami mengharapkan para pekerja di Kawasan Bukit Katil dapat bangkit menyuarakan apa juga permasalahan yang dihadapi oleh pekerja demi untuk menjaga kebajikan kita semua. Kami bersedia untuk bersama-sama berkongsi masalah pekerja dan sama-sama berusaha untuk menyelesaikannya.

Segala aduan berkenaan masalah pekerja boleh diajukan kepada talian hotline kami 019-6821318 atau email : mstcmal@miosh.net

SELAMAT HARI PEKERJA

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59