Thursday, 10 May 2007

PUTERI UMNO SERU AHLI SENAMROBIK. MACAMANA DENGAN KERUNTUHAN AKHLAQ.?



AYER MOLEK, 9 Mei : Puteri UMNO Cawangan Ayer Molek menyeru kepada semua ahli-ahli berkenaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek supaya dapat bersama menjayakan program senamrobik di Kompleks Japerun Ayer Molek setiap petang.

Setiausaha Penyelaras Puteri DUN Ayer Molek, Siti Asyura Ab. Gani berkata, program itu merupakan salah satu aktiviti yang sihat dan telah dimulakan sejak awal Mac lepas.

Menurutnya, sambutan program berkenaan amat memberansangkan setakat ini selain ianya dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain selain bertukar-tukar pandangan.

"Saya harap lebih ramai Puteri UMNO di cawangan ini dapat bersama -sama kami menyertai aktiviti yang sihat ,"katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui hari ini.

Dalam perkembangan lain, Siti Asyura berkata, pelbagai program yang telah dirancang sehingga hujung tahun ini sekaligus merealisasikan hasrat dan misi Puteri UMNO Malaysia untuk membantu kerajaan meliputi semua aspek.

KITA NAK TANYA PUTERI UMNO MACAMANA DENGAN GEJALA SOSIAL DAN KERUNTUHAN AKHLAQ YANG PARAH SEKARANG. APA TINDAKAN PUTERI UMNO AYER MOLEK?

Gambar : Puteri Umno Ayer Molek sedang bersenamrobik

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

Anonymous said...

Jangan hanya menuding jari menyalahkan dan mencari kekurangan orang lain..cuba tanya diri apa pula sumbangan anda terhadap masalah tersebut..beritahu kami apa kekuatan anda bukan hanya menceritakan keburukan orang lain..bagaimana anda boleh menjadi contoh sekiranya bersikap begini?????

Anonymous said...

Jangan hanya menuding jari menyalahkan dan mencari kekurangan orang lain..cuba tanya diri apa pula sumbangan anda terhadap masalah tersebut..beritahu kami apa kekuatan anda bukan hanya menceritakan keburukan orang lain..bagaimana anda boleh menjadi contoh sekiranya bersikap begini?????

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59