Tuesday, 15 May 2007

'PUASA' ROTI CANAI AKIBAT KENAIKAN HARGA TEPUNG


Harga tepung naik 15 sen 1 kg. Demikian diumumkan oleh Menteri 'Barang Naik' Shafei Afdal mengumumkan 'berita baik' ini hari ini. Jadi selepas ini tunggu sahaja kita semua sebab semua barangan berasaskan tepung juga akan naik harganya, malah kenaikan mungkin lebih dari kenaikan harga tepung.

Maka para pencinta roti canai akan berbelanja lebih untuk menikmati makanan kegemaran mereka. Mamak-mamak sudah tentu tidak akan berdiam diri, mereka sudah pasti sudah lama mencongak harga yang sesuai untuk diletakkan bagi setiap barangan berasaskan tepung di kedai mereka. Capati, roti nan, roti canai, roti telur, roti sardin dan yang sewaktu dengannya sudah pasti akan melambung-lambung harganya.

Alamat kena puasalah peminat roti canai ini untuk mengurangkan belanja harian. Kalau tidak pun untuk kurangkan belanja buat roti sendiri pakai tepung yang dibuat sendiri.

Nampaknya Menteri 'Barang Naik', Shafei Afdal sekali lagi bercakap seperti budak bengong apabila berkata bahawa berikutan kenaikan harga tepung, peniaga perlu realistik dalam menaikkan harga produk yang berasaskan tepung seperti roti canai dan sebagainya yang perlu munasabah dan tidak melampau.

"Jika kos meningkat 15 sen, takkan naik sampai 15 sen, perlu diselaraskan, mungkin meningkat satu sen atau dua sen, tidaklah menjadi masalah tetapi jika roti canai naik 15 sen, kita akan ambil tindakan.

"Satu kilo tepung, berapa banyak roti canai dia boleh buat, saya rasa lebih daripada 20 roti canai," katanya.

P/S : Larat ke engkau dan pegawai engkau memantau semua kedai jual roti canai wahai Shafei hoi, engkau kerja sampai pukul 5.00 petang, kedai roti canai seluruh pelusuk kampung, ceruk gunung, mana ada cukup masa dan tenaga pegawai-pegawai engkau nak pantau. Kalau bercakap tu biarlah cerdik sikit, janganlah nak tipu kita orang macam engkau tipu orang kampung engkau kat Semporna, Sabah pada tiap-tiap kali pilihanraya.

Maka sudah jelas kepada kita bahawa kerajaan Islam Hadhari gagal mengawal harga dan menguruskan hal ehwal barangan dan pengguna dengan baik. Akhirnya RAKYAT SEMAKIN TERSEPIT DAN TERTEKAN.

AYUH KITA TUMBANGKAN BN ISLAM HADHARI DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

1 Comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum wrt,

Sedikit fakta roti canai:

Sebiji roti canai mengandungi kalori sama dengan 5km berjogging. Maknanya, sekiranya kita jogging sejauh 5 km, lepas tu kita sapu sebiji roti canai serupalah kita tak jogging langsung.Dah tu, kadang-kadang sapu sampai 2 biji dan langsung tak jogging. Selain dari itu, terdapat so much oil in roti canai. Nak uli tepung, taruh minyak, nak canai, taruh minyak,nak goreng taruh minyak. Dah tu, minyak tukang roti pun masuk sekali (peluh dia).

Maka, sementelah ghega (harga) ghoti canai naik, elok juga kalau kita kurangkan makan roti canai, insyaAllah, elok untuk kesihatan kita dan dapat manfaatkan kesempurnaan kesihatan utk keja amal Islami.

wassalam.
A.R (Durian Tunggal)

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59