Wednesday, 30 May 2007

PERMOHONAN LINA JOY DITOLAK. KEPUTUSAN HAKIM 2-1



TERKINI: ALHAMDULILLAH, ALLAHU AKHBAR Akhirnya, keputusan majoriti hakim 2:1 menolak permohonan Azlina Jailani untuk membuang status agamanya daripada kad pengenalan beliau.

Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama seorang lagi hakim Alauddin Mohd Sheriff mengetepikan permohonan Azlina, yang lebih popular dengan nama Lina Joy, manakala seorang lagi hakim, Richard Malanjun membenarkan permohonan tersebut.

Keputusan yang ditunggu-tunggu itu disambut dengan gemuruh takbir oleh lebih 500 umat Islam yang hadir sejak awal pagi di perkarangan Mahkamah Persekutuan, dekat sini.

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil(DPPBK) mengucapkan syabas kepada Hakim Tun Mohd Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Dato' Alauddin Mohd Sheriff kerana berjaya memartabatkan kedaulatan Islam. ALLAHU AKHBAR.

Dengan itu kita mengharapkan selepas ini tiada lagi puak-puak laknatullah yang berani mempermain-mainkan agama Islam dan Mahkamah Syariah.

Kita pasti puak-puak yang sentiasa menyokong Lina Joy tidak akan berdiam diri. Malah Lina Joy dan ratusan ribu lagi sudah murtad. Kita mesti berusaha untuk membendung gejala ini dan menyedarkan manusia murtad tersebut supaya kembali kepada Islam dan bertaubat.

Kepada Kerajaan Islam Hadhari DPPBK menyeru supaya undang-undang yang menjaga kedaulatan Islam diperkemas dan diperkuatkan demi untuk kepentingan Islam. Jangan pula kamu sebagai pemimpin lembik dan tunduk kepada kemahuan pihak tertentu yang sememangnya hendak menjahanamkan Islam dengan berselindung di sebalik undang-undang dan hak asasi manusia.

Ayuh pemimpin Islam Hadhari mari kita sama-sama membenteras gejala murtad yang kini semakin membarah dalam negara kita.


Untuk rekod, Lina Joy dilahirkan sebagai seorang Islam 43 tahun dahulu tetapi telah murtad dan masuk agama kristian pada tahun 1998.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

Anonymous said...

Nampaknya Mahkamah Persekutuan masih mengatakan hal Islam adalah hak Mahkamah Shariah. Syukur ALHAMDULILLAH.

Tapi saya pasti ini akan berlarutan ke Mahkamah Rayuan. NGO anti Islam ini tak akan diam dan satu dunia akan bising.

Ingat tak dulu ada pemuda Afghanistan yg masuk Christian dan kecoh juga. Ianya selesai bila pemuda ini berhijrah ke Eropah (tak pasti negara mana).

Jika Lina Joy nak juga Christian, dia MESTI berhijrah dari bumi Malysia ini. Bukan saya menggalakkan orang masuk Christian tapi inilah penylesaiannya. Juga marilah kita lihat sama ada negara Christian ini akan mengambil semua yg masuk Christian.

ALLAH KNOWS BEST

Anonymous said...

kesian tuhan ,

manusia mempermain main nya ....wahai saudara ku , jangan ingat kita telah berjaya dalam hal ini. Lina joy tetap murtad ,kristin dan tidak ada seorang pun yang bolih memgubahnya.Keputusan para hakim yang berat sebelah ( amat jelas ) dalam perkara ini.Jangan tipu diri sendiri .

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59