Wednesday, 2 May 2007

PENGUNDI HANTU DI BAWA LEBIH AWAL BUKAN PADA HARI PENGUNDIAN



Fakta yang menyatakan 2 buah bas yang membawa 'pengundi hantu' mak cik-mak cik dari Perlis pada hari pengundian di Ijok hanyalah lakonan BN sahaja tidak boleh dipandang sepi. Ini kerana ramai beranggapan bahawa pengundi hantu sebenarnya di bawa ke Ijok lebih awal lagi. Malah kemungkinan besar mereka di bawa sebelum hari pengundian lagi.

Taktik membawa pengundi dengan bas pada hari pengundian adalah taktik lama yang kurang berkesan dan mereka ini mudah dihidu oleh pembangkang. Maka sudah pasti taktik baru yang lebih sistematik dan ampuh akan digunakan.

Pengundi-pengundi hantu ini yang akan mengundi bagi pihak pengundi yang telah mati atau atas nama pengundi baru yang 'didaftar'kan oleh SPR sudah tentu akan di bawa lebih awal dan ditempatkan serata rumah dalam kawasan pengundian atau di kawasan-kawasan sekitar tempat mengundi. Pada hari pengundian mereka sudah pasti akan dibawa dengan kenderaan-kenderaan BN malah mungkin juga di bawa dengan kenderaan kerajaan seperti Polis, ambulan dan jabatan-jabatan lain.

Jika satu tempat mengundi berjaya membawa masuk 100-200 pengundi hantu maka ianya sudah cukup membuatkan BN senyum lebar kerana kalau ada 10 tempat mengundi bermakna mereka sudah berjaya mengalahkan pembangkang 1000-2000 berbalas 0 sebelum hari pengundian. Macamana pembangkang nak menang?

Selagi SPR, JPN dan Polis bersengkongkol dengan BN maka selagi itulah pembangkang akan TEWAS SEBELUM BERTANDING.

Ini bermakna, ketika pembangkang gah berkempen bagi memujuk rakyat mengundi mereka, pengundi hantu yang telah diberi ganjaran tertentu yang duduk dengan selesa seperti orang kampung telah mentertawakan kempen pembangkang.

Nampaknya, pembangkang perlu memikirkan strategi lain bagi mengesan pengundi hantu di mana-mana pilihan raya kecil atau umum dan bukan hanya mengejar atau menyekat bas yang dijadikan umpan sandiwara oleh jentera BN.

Lakonan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di hari pembuangan undi di IJok (ketika adanya pergelutan antara petugas KeADILan dengan BN semasa menahan dua buah bas di Bukit badong) nampaknya cukup berkesan dan mampu memerangkap emosi hatta mereka yang bukan lagi menjadi pemimpin KeADILan seperti Ezam Mohd Noor (Pengerusi Gerak) yang terlibat dalam pergelutan menahan dua buah bas di Bukit Badong.

Sandiwara ini diperkuatkan lagi dengan sebelum itu adanya maklumat dari polis yang menyatakan kepada pemimpin pembangkang bahawa dua buah bas itu adalah mereka yang memiliki dua keping kad pengenalan, lantas petugas KeADIlan terperangkap dengan strategi itu.

Sudah sedia maklum bahawa polis adalah satu badan yang berkhidmat di bawah kerajaan yang ada hari ini, justerui sebarang kemungkinan mereka dipergunakan untuk memerangkap pembangkang adalah tinggi.

Kita tidak meletakkan ianya sebagai tuduhan tetapi jika kita lihat dalam beberapa kejadian yang berlaku di Ijok seperti insiden hari penamaan calon seperti insiden Khairy mencetus provokasi, pihak berkuasa dilihat tidakpun membuat sebarang kenyataan terhadap insiden itu sebaliknya media arus perdana dipergunakan oleh BN untuk meletakkan kesalahan itu kepada penyokong KeADILan.

Ini dapat membayangkan kepada umum bahawa sandiwara BN turut dilakonkan oleh pihak berkuasa polis dan yang lain, mana mungkin pihak-pihak ini boleh menyebelahi pembangkang sedangkan mereka terikat dengan kerajaan, ini satu fakta yang tidak boleh dielak.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59