
Mungkin kerana TV3 Suku jahat dan suka menfitnah pembangkang maka stesyen ini terus mendapat 'pembalasan' apabila seorang demi seorang kakitangannya terlibat dengan skandal, jenayah dan pelbagai masalah.
Terbaru pengacara terkenal TV3 Suku, Mazidul Akmal Sidik ditahan di Johor Baharu semalam setelah ujian air kencingnya didapati positif dadah.
Pengacara itu bersama beberapa orang rakannya ditangkap dalam satu serbuan polis di sebuah kelab malam di Jalan Abdullah Tahir.
Seorang rakannya yang ditemui di luar ibu pejabat polis Johor Baharu Selatan berkata pengacara itu berada di sini untuk membuat penggambaran rancangan tv 360 Darjah terbitan NTV7.
Mazidul yang bukan main hebatnya menjadi pengacara rancangan 999 sebelum ini sebenarnya macam berlakon membenci dadah tetapi hakikatnya dia sendiri juga terlibat sama dengan najis itu.
Jadi jangan kita terpedaya dengan lakonan mereka ini seperti jangan kita percaya dengan lakonan pemimpin Islam Hadhari yang berlagak baik tetapi sebenarnya mereka berperangai buruk dan tidak bermaruah. Antaranya lihat bagaimana bekas Ketua Menteri yang ke sana ke mari pakai songkok dan kelihatan lemah-lembut tetapi kaki judi sehingga berjudi dan berhutang di luar negeri.
Bernama melaporkan Mazidulakmal, 40, Fadzli Ramli, 40, Tumijah Adras, 34, dan Umaisyah Abdul Rahim, 25, mengaku tidak bersalah menyuntik antara satu sama lain dadah jenis methamphetamine di sebuah bilik bernombor 88, Groove City Sdn Bhd dekat Jalan Abdullah Tahir pada 2.45am Sabtu lalu.
Pengacara itu dibebaskan dengan jaminan polis tengah hari ini.
Ketua Polis Johor Datuk Hussin Ismail mengesahkan tangkapan itu.
Browse: Home > MEMALUKAN : PENGACARA RANCANGAN 999 TV3 SUKU DITANGKAP TERLIBAT DENGAN DADAH










2 Comments:
Tu la...balasan Tuhan.....kata kat org sangat....last2 Allah balas kat die balik....
berlagak macam dia tu polis, lebih sudu dari kuah. Awak tu wartawan tanya dengan cara sebagai wartawan, jangan nak jadi polis, dah gila nak jadi polis berhenti masuk polis. Ingat Allah maha kuasa.
Post a Comment