Monday, 14 May 2007

PEMUDA BUKIT KATIL UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA PELAJAR UTEM YANG MENINGGAL KEMALANGAN


Bukit Katil : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga 2 orang pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) yang meninggal dalam kemalangan jalanraya melibat sebuah bas berhadapan Pasaraya Jusco di Ayer Keroh semalam.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Ahmad Rafa'i Hassan (gambar) dalam kenyataannya pagi ini berharap keluarga kedua-dua pelajar terbabit supaya bersabar dengan dugaan Allah terhadap mereka.
"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mendokan kedua-dua roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama dengan roh-roh para anbia, syuhada dan golongan yang beriman" katanya ketika dihubungi pagi ini.

Sementara itu jenazah Wan Nur Nadia Wan Mansur @ Wan Ismail, 23, dari Besut, Terengganu dituntut oleh keluarganya malam tadi manakala jenazah Azimah Abd. Aziz, 21, dari Muar, Johor dibawa pulang ke Muar kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Sebelum itu jenazah Allahyarhamah Azimah di sembahyang di bilik mayat Hospital Melaka dengan diimamkan oleh Ustaz Khairul Che Salleh, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Lain-lain pimpinan PAS Negeri dan Kawasan yang bersama-sama bersembahyang jenazah dan menanti jenazah di luar bilik mayat sebentar tadi ialah Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Negeri Melaka dan DMP Kawasan Bukit Katil, Dr Hajah Khatijah Jumangat; Setiausahan DMP Negeri, Hajah Kintan Man; AJK Badan Perhubungan PAS Negeri, Ustaz Mohd Nor Omar; Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Rejab Abdul Halim dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab; Ketua Lajnah Pembangunan Remaja dan PASTI DPP Kawasan Bukit Katil, Khairuddin Ismail.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner II Zaleha Abd. Rahman berkata kemalangan itu berlaku pada kira-kira pukul 2.30 petang apabila pemandunya gagal menghentikan bas itu semasa menghampiri lampu isyarat Melaka Mall dan hilang kawalan sebelum melanggar bahu jalan lalu terbalik. Berdasarkan kepada kesan tayar kenderaan di atas jalan, Polis percaya bas itu mengalami masalah brek.

Selain dari 2 pelajar yang meninggal yang meninggal dunia di tempat kejadian, 16 orang lagi penumpang diberitkan cedera.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59