Tuesday, 22 May 2007

PEMUDA BUKIT KATIL ANJURKAN SEMINAR KECEMERLANGAN GURU PASTI 28 MEI



Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) akan menganjurkan Seminar Kecemerlangan Guru PASTI pada 28 Mei ini bertempat di Madrasah Ar-Rahmah, Solok Gaong, Ayer Molek bermula pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

Ketua Jabatan PASTI DPPBK, Khairuldin Ismail dalam kenyataannya kepada Blog ini semalam menyatakan antara objektif seminar ialah untuk memberikan suntikan semangat kepada guru PASTI bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik; mendedahkan pelbagai input dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan terkini untuk diapplikasi di dalam kelas; memperhebatkan kualiti sistem pendidikan PASTI untuk meningkatkan kecemerlangan guru dan pelajar.

Program ini merupakan program yang pertama pernah di kendalikan oleh DPPBK dan ianya merupakan suatu perkembangan yang menarik dalam melaksanakan tanggungjawab DPPBK yang diamanahkan oleh jemaah untuk memastikan PASTI terus cemerlang.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua Guru PASTI di dalam Kawasan Bukit Katil, namun begitu pihak penganjur mempelawa Guru PASTI seluruh Melaka untuk turut sama mengambil bahagian dalam program yang baik ini.

Menurut Khairuddin, pihaknya menjemput Encik Roslan Nikmat Guru Cemerlang dan Guru Pakar dari Johor untuk menjadi pembimbing dalam program ini. Roslan merupakan seorang pendidik yang berpengalaman luas dan pernah mendapat anugerah guru cemerlang peringkat kebangsaan. Di samping itu beliau sering di jemput oleh Kementerian Pelajaran untuk membentangkan kertas kerja di seminar-seminar anjuran kementerian tersebut.

2 Kertas Kerja akan dibentangkan iaitu Amanah dan Akauntabiliti dalam pengurusan PASTI dan Celik Rumi Celik Jawi. Selain itu satu slot latihan praktikal juga akan disediakan bagi menilai keupayaan guru dan seterusnya memperbaiki mana-mana kelemahan yang dikenalpasti semasa latihan tersebut.

Kepada sesiapa yang berminat untuk turut sama mengambil bahagian dalam program ini boleh menghubungi Khairuddin di talian 012-9569872

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59