Tuesday, 29 May 2007

PAS BUKIT KATIL AKAN TAMPIL CALON BERPOTENSI UNTUK DUN AYER MOLEK


Ayer Molek : PAS Kawasan Bukit Katil akan menampilkan calon baru yang berpotensi untuk bertanding pada Pilihanraya Umum kali ini.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Ayer Molek, Md Yassim Musa(Gambar) dalam kenyataannya pagi ini menjelaskan bahawa, nama-nama bakal calon DUN Ayer Molek akan diserahkan kepada PAS Negeri dalam minggu ini juga.

"Kita telah mengenalpasti tiga orang calon yang sangat berpotensi untuk merampas kerusi DUN Ayer Molek, kita yakin calon kita akan memberikan saingan sengit kepada Umno" kata Yassim ketika ditemui selepas mesyuarat bulanan Majlis Tindakan DUN (MTD) Ayer Molek di sini malam tadi.

Bagaimanapun Md Yassim enggan menamakan calon yang dimaksudkan apabila ditanya dengan lebih lanjut.

"Insya Allah bila tiba masanya nanti kita akan umumkan, apa yang pasti bakal calon kita dikenali ramai, berpendidikan tinggi, aktivis masyarakat serta anak tempatan" ujar Yassim dengan penuh yakin.

DUN Ayer Molek merupakan salah satu yang berpotensi untuk dimenangi oleh PAS berdasarkan komposisi pengundinya, di mana peratusan pengundi melayu melebihi 80%. PAS pernah memenangi beberapa peti undi dalam DUN Ayer Molek pada Pilihanraya Umum 1999.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59