Thursday, 3 May 2007

Orang Islam murtad hilang hak keistimewaan Melayu, kata Dr M



Orang Melayu yang mahu meninggal agama Islam mesti bersedia melepaskan hak-hak keistimewaan yang dinikmati oleh bangsa tersebut, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, ini kerana perlembagaan negara telah menetapkan bahawa Islam adalah antara ciri-ciri seorang Melayu.

“Jika mereka meninggal Islam, maka mereka bukan orang Melayu,,” katanya ketika diminta mengulas kes-kes orang Melayu yang telah atau mahu meninggalkan agama Islam.

Katanya, jika mereka berbuat demikian, secara rasminya mereka bukan lagi seorang Melayu.

“Orang Melayu di negara ini menikmati keistimewaan-keistimewaan tertentu, jadi mereka (yang meninggalkan Islam) tidak lagi berhak mendapat hak dan keistimewaan (dalam perlembagaan yang melibatkan orang Melayu),” katanya.

“Jika anda mahu meninggalkan Islam, maka anda juga mesti bersedia untuk melepaskan (hak-hak berkaitan dengan) definisi seorang Melayu. Anda mesti kata ‘saya bukan orang Melayu’,” katanya.

Dr Mahathir yang juga pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) menegaskan demikian dalam temubual dengan malaysiakini di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya baru-baru ini.

Perlembagaan Persekutuan menetapkan definisi orang Melayu adalah seseorang yang bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan mengamalkan ajaran agama Islam.

Dalam Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan, “Melayu” ertinya seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan lahir, sebelum Hari Merdeka (31 Ogos 1957), di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil (bermastautin) di Persekutuan atau di Singapura; dan ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

Malaysiakini

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59