Tuesday, 22 May 2007

NEGERI LAIN ADAKAN KONVENSYEN. PAS MELAKA BILA?


Di saat Perhubungan PAS negeri-negeri lain sibuk mengadakan konvensyen untuk untuk bermuhasabah dan mengkaji kekuatan serta kelemahan organisasi PAS di negeri masing-masing, PAS Melaka terus membisu seribu bahasa. Setakat ini kita tidak diberitahu samada konvensyen negeri ini akan diadakan ataupun tidak.

Sudah acapkali kita dengar ahli-ahli PAS di cawangan-cawangan mengusulkan satu konvensyen ala mesyuarat agung di adakan untuk menilai gerakerja perhubungan negeri kerana, perhubungan negeri memang tidak diwajibkan untuk mengadakan mesyuarat agung. Maka konvensyen sebegini mungkin akan memangkin lagi semangat juang para pimpinan dan ahli.

Saya yang berkesempatan menghadiri Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil tahun ini dan tahun lepas masih ingat lagi Usul mendesak supaya PAS Melaka mengadakan konvensyen telah diluluskan pada kedua-dua mesyuarat tersebut. Tetapi malangnya setelah dua kali usul imi diluluskan ianya masih belum menjadi kenyataan.

Apakah sebabnya Usul susah sangat hendak dilaksanakan sedangkan negeri-negeri seperti Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Perak dan lain-lain telah menjadikan konvesyen ini acara tahunan yang tetap.

Sebagai ahli biasa saya memohon agar konvensyen ini diadakan segera sebelum Muktamar Pusat dan kalaupun sibuk mungkin ia boleh diadakan selepas muktamar.

PENYOKONG SETIA PAS - hantar melalui email.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

alghurabak said...

Assalamualaikum wrt,

Saya amat tertarik dengan gesaan tersebut, kerana saya juga ingin mengutarakan pandangan yang sama terhadap PAS Melaka.

Perkembangan di luar, maksud saya di negeri-negeri lain, yang mengambil langkah proaktif dengan mengadakan konvensyen di peringkat negeri, menyebabkan saya sering tertanya-tanya, bilakah pihak berkuasa PAS di Melaka akan mengadakan konvensyen yang serupa.

Malah, bukan saja konvensyen tidak ada, sepanjang pengamatan saya, amat kurang sekali program yang dinajurkan oleh pihak Badan Perhubungan PAS Melaka. Jika beberapa tahun sebelum ini sekurang-kurangnya ada juga Ijtimak Bulanan, tetapi sepanjang dua tahun kebelakangan ini, keadaan menjadi lesu dan tidak bermaya. Kelesuan di peringkat Perhubungan Negeri akan berjangkit ke Kawasan dan Cawangan. Walaupun saya tidak menafikan ada beberapa kawasan yang agak maju gerakerjanya, namun secara umumnya prestasi PAS di Melaka agak menurun kebelakangan ini.

Program-program yang berbentuk menjana minda, menggerakkan motivasi ahli, menanam ruh tarbawi, membuka ruang muhasabah terhadap pimpinan mesti diwujudkan supaya seluruh petugas parti sentiasa bercas positif dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa.

Program seumpama konvensyen di peringkat negeri mampu membedah dan merawat sedikit sebanyak penyakit atau mengenalpasti simptom-simptom yang boleh memusnahkan dan melemahkan parti. Disamping ianya mampu mengeratkan ukhuwwah antara ahli dan pimpinan peringkat negeri. Rata-rata pimpinan di peringkat badan perhubungan negeri amat jarang kelihatan turun membuat lawatan kerja ke kawasan. Malah ada pimpinan hanya wujud dari segi nama, tetapi zahirnya langsung tidak nampak. Malah dialog antara badan-badan sokongan di peringkat negeri, seperti Dewan Pemuda Negeri, Dewan Muslimat, Dewan Ulamak dengan Badan Perhubungan Negeri pun tidak pernah wujud, bagi merangka keselarasan gerakerja di peringkat negeri Melaka. Saya percaya ramai di kalangan mereka iaitu pimpinan Pemuda, Muslimat, Ulamak dan Perhubungan tidak kenal antara stu sama lain.

Saya memohon maaf di atas coretan ini, tetapi ada beberapa perkara perlu diperbaiki segera dalam pentadbiran PAS Melaka. Setiap pihak perlu berlapang dada dan menbuang jauh-jauh sega yang buruk demi melakukan perubahan untuk kebaikan Islam dan jamaah Islam di Melaka.

Mohn ribuan kemaafan.

Anonymous said...

Hmmmmm,

Inilah di katakan pengurusan efektif ala kampung . helo kawan kawan kita berada di tahun 2007 bukan 1960.........
sm

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59