Thursday, 31 May 2007

MUKTAMAR PEMUDA : TAHNIAH UNTUK USTAZ NASHARUDDIN TANTAWI


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucap tahniah kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi kerana dipilih sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru menggantikan Ustaz Idris Ahmad.

Proses pemilihan jawatan yang dipertandingkan bagi Muktamar Dewan Pemuda PAS Kali ke-48 telahpun dimulakan dengan pengumuman yang dibuat oleh AJK PAS Pusat, Dato' Wan Mutalib Embong.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk telah mengumumkan syarat-syarat mereka yang layak untuk memilih selain memaklumkan had masa untuk pembuangan undi.

Pemilihan jawatan kali ini menyaksikan jawatan Ketua Pemuda PAS kekal kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayob setelah menang tanpa bertanding.

Jawatan Pengerusi Tetap pula kekal kepada Ustaz Misbahul Munir Masduki sementara jawatan Naib Ketua menyaksikan pertandingan antara Ahmad Sabki Yusof dengan wakil Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani.

Pemeriksa kira-kira pula disandang tanpa bertanding oleh Muzammil Hafiz dan Jamil Saring.

"Oleh itu jawatan selainnya akan dipertandingkan dan kertas-kertas pengundian akan diberi kepada mereka yang ada kelayakan mengikut bilangan yang ditentukan oleh pemeriksan kertas undi nanti," kata Wan Mutalib.

Bagi jawatan Exco Permuda PAS pula 29 nama disenaraikan bertanding kali ini antaranya ialah, Abdul Hamid Jamah, Adli Zahari, Adram Musa, Ahmad Baihaki Atiqullah, Ahmad Nazri Chik, Ariffin Deraman, Fadli Ghani, Fadli Ramli, Firdaus Jaffar, Kamal Ashaari, Khairuddin Othman, Khairul Faizi, Musoddak Ahmad, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Norazli Musa, Raja Ahmad Iskandar, Ridhuan Mohd Noor, Salehin Mukhyi, Suhaizan Kayat, Wan Shukairi Wan Abdullah, Zaharuddin Muhammad, Zaki Ibrahim, Zolkarnain Abidin Al-Hafiz dan Zuraidin Abdulah.

Pemilihan kali ini adalah Jawatankuasa Pemuda PAS bagi sesi 2007/2009.

Wan Mutalib memperingatkan kepada perwakilan supaya memastikan undian dibuat mengikut apa yang disyaratkan atas kertas.

Peti undi yang digunakan kali ini adalah peti undi yang 'transparent' dan kertas undi yang digunakan berwarna mengikut jawatan-jawatan yang dipertandingkan.

Warna oren bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap, kuning bagi jawatan Naib Ketua sementara hijau untuk Exco.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59