Tuesday, 29 May 2007

MUKTAMAR PAS PUSAT : JANGAN BIMBANG 'MUSLIM HOTEL' MASIH KOSONG UNTUK DITEMPAH



"Jangan bimbang 'Muslim Hotel' masih kosong dan sedia untuk ditempah" begitulah gurauan salah seorang pemerhati dari PAS Kawasan Bukit Katil ketika di tanya tentang penginapan ketika muktamar PAS Pusat yang akan bermula Rabu ini. Kata-kata beliau itu bersandarkan kepada jaminan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan yang baru-baru ini mengumumkan bahawa masjid dan surau boleh digunakan sebagai penginapan untuk para perwakilan dan pemerhati muktamar PAS Pusat kali ini.

Selain itu, sepanjang muktamar ini pihak urusetia Muktamar menawarkan penginapan 'homestay' secara percuma kepada perwakilan daripada seluruh negara dan konsep homestay ini ditawarkan kepada mereka yang ingin tinggal di kawasan Pengkalan Chepa dan Kota Bharu.

Muktamar PAS yang akan diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) dijangka akan menerima kehadiran seramai 1,125 perwakilan daripada 170 PAS kawasan di seluruh negara.

Sementara itu dua hari lalu, bandar raya Kota Baharu sudah pun menerima kedatangan ribuan pelancong luar dan dalam negara yang ingin mengenali lebih dekat lagi dan mahu mendapat gambaran sebenar situasi dan keadaan negeri Cik Siti Wan Kembang ini yang sering 'dianaktirikan' dan diputar-belitkan kisah dan ceritanya dan sudah pasti babak demi babak di Kelantan ini tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh puluhan wartawan dan jurulensa daripada pelbagai media massa daripada arus perdana hatta media alternatif menjelang muktamar ini.

Jumlah pelancong dan orang ramai yang 'bertandang' ke negeri ini dijangka meningkat menjelang muktamar ini dan menurut satu sumber, hampir semua tempat penginapan, hostel, chalet dan hotel di sekitar Kota Bharu telah ditempah sepenuhnya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59