Tuesday, 8 May 2007

MEMALUKAN : KOMPLEKS MAHKAMAH BARU TAPI 'AIR COND' ROSAK, BPR MESTI SIASAT - USTAZ BAKAR



Satu demi satu petunjuk bahawa negara semakin parah dengan wabak rasuah. Kalau Isnin lepas, ada bahagian siling di kompleks Mahkamah Baru Jalan Duta runtuh, semalam 'air cond' di kompleks itu pula tidak berfungsi. Apa maknanya ini? Sama-sama kita tahu jawapannya.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa semalam Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamed Apandi Ali hilang "sabar" kerana sistem pendingin hawa yang kerap rosak di kompleks mahkamah yang baru di Jalan Duta ini, sehingga memaksa beliau menangguhkan satu kes rayuan semalam ke 25 Jun.

Kompleks mahkamah berharga RM270 juta itu, yang menempatkan 77 bilik mahkamah yang terdiri daripada 26 Mahkamah Majistret, 21 Mahkamah Sesyen dan 30 Mahkamah Tinggi, beroperasi sepenuhnya dari Selasa.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) mendesak supaya satu siasatan rapi dijalankan dan jika sekiranya terdapat unsur-unsur rasuah dan penyelewengan maka 'penyangak' rasuah tersebut mesti diseret ke Mahkamah.

DPPBK juga berasa kesal dengan kenyataan Imam Al Badawi yang hanya mahu siasatan ke atas bangunan kerajaan lain dilakukan untuk memastikan tiada siling runtuh, sedangkan Imam Hadhari sepatutnya mengarah BPR dan Polis menyiasat kalau-kalau ada unsur rasuah yang menyebabkan siling tidak dibina dengan baik mengikut spesifikasi.

"Malah kejadian 'air cond' rosak ini menambahkan lagi kesangsian kita terhadap mutu pembinaan dan alatan yang dipasang di Mahkamah ini. Jangan nanti duit rakyat berjumlah RM270 juta masuk ke dalam poket penyangak dan penyangak bermaharajalela ke sana ke mari tanpa didakwa dan ditangkap" jelas Ustaz Abu Bakar Ramli Timbalan Ketua DPPBK.

Hakim Mohamed Apandi berkata adalah tidak adil bagi tertuduh, yang merayu terhadap hukuman penjara enam bulan yang diputuskan pada 1999, terpaksa datang semula pada keesokkan hari hanya kerana sistem pendingin hawa gagal berfungsi.

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana sudah banyak masalah dibangkitkan mengenai bangunan ini dan kerajaan telah membelanjakan sejumlah besar wang untuk membinanya," katanya kepada Bernama di dalam kamarnya kemudiannya.

Katanya sistem pendingin hawa di dalam kamar beliau juga terjejas sejak berpindah ke kompleks mahkamah yang baru itu pada Isnin lepas.

"Saya malahan cuba menanggguhkan perbicaraan rayuan di hadapan saya sehingga pukul 10 pagi ini untuk membolehkan juruteknik memeriksa sistem itu tetapi ia rosak semula setengah jam kemudian.

"Pada awalnya, saya cuba bertahan dalam suasana panas selama hampir setengah jam tetapi ia terlalu merimaskan bagi diri saya dan kakitangan mahkamah, terutamanya saya memakai jubah dan bib, yang membuatkan saya berasa sungguh tidak selesa," katanya.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59