Tuesday, 22 May 2007

MEDIA PENGAMPU MESTI JUJUR


Media pengampu dan pembodek di negara ini dinasihatkan supaya jujur dan bertanggungjawab dalam melaporkan apa juga berita demi masa depan negara dan kesejahteraan rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Nazry Ariffin dalam kenyataannya hari ini mengingatkan bahawa tulisan yang tersiar di dada akhbar akan di baca dan mungkin 'terlekat' dalam pemikiran rakyat. Jadi jika berita itu bersifat fitnah, menyeleweng dan menipu maka sudah pasti pihak yang bertanggungjawab menyediakan akhbar itu akan berdosa kerana menyebarkan fitnah yang merosakkan pemikiran pembacanya.

"Saya masih teringat kata-kata Tuan Guru Presiden bahawa pihak kahbar mesti meminta maaf kepada semua orang difitnah dan juga meminta maaf kepada semua pembaca di atas finah dan berita tidak benar yang disiarkan oleh akhbar" Ujar Nazri.

"Akhbar juga mestilah tidak berat sebelah menyiarkan berita, jangan hanya menyiarkan berita kebaikan dan kehebatan sebelah pihak sahaja, tetapi menyembunyikan fakta dan kebaikan orang lain dan pada masa mereka-reka keburukan pihak yang tidak disokong mereka" tambah Nazri yang juga Penolong Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil.

Nazri memberikan contoh bagaimana media pembodek terus memainkan peranan mengampu kerajaan apabila terus menerus menyiarkan laporan memuji kerajaan kerana menaikkan gaji kakitangan awak semalam. Sedangkan sebahagian besar rakyat tidak menikmati kenaikan tersebut terus merana kerana kenaikan harga minyak dan barangan. Malah kenaikan gaji yang diumumkan kerajaan juga tidak memberikan makna besar kerana kenaikan harga barangan yang terus menekan rakyat.

"Mengapa akhbar pembodek ini tidak menyiarkan pandangan rakyat yang rata-rata menyambut kenaikan gaji dengan perasaan berbelah bagi disebabkan harga barangan semakin melambung tinggi" kata Nazry.

"Takkanlah tak ada langsung kakitangan awam yang memberikan pandangan supaya kerajaan menghalang kenaikan harga barangan dan menurunkan harga minyak supaya kenaikan gaji menjadi lebih bermakna" ujar Nazry dengan serius.

Sejak kebelakangan ini 'darjah pembodekan' media kepada kerajaan berada di tahap yang menjijikkan sehingga nilai moral, maruah dan etika kewartawanan diketepikan begitu sahaja.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 Comments:

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59