Monday, 14 May 2007

MANA WAKIL RAKYAT UMNO - BIARKAN 3 KUIL HINDU DI BINA DI KAMPUNG ORANG MELAYU



Penduduk Kg. Tambak Paya yang terletak kira-kira 10 km dari Bandaraya Melaka sungguh kesal dengan pihak tertentu yang membina 3 buah Kuil Hindu di kampung tersebut. Salah satu dari Kuil Hindu tersebut masih dalam pembinaan. Jarak antara kuil yang pertama dengan yang kedua (masih dalam pembinaan) hanyalah 500 meter manakala jarak yang kuil yang kedua dan ketiga kira-kira 100 meter sahaja.



Kuil yang baru di bina





Salah satu Kuil yang sedia ada. Jaraknya 100 meter dari Kuil yang baru di bina.






Salah seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan menyatakan kekesalannya di atas ketidakprihatin pihak yang membina kuil tersebut yang langsung tidak memperdulikan sensitivit umat Islam sebagai penduduk majoriti di kampung tersebut.

“ Apakah dua kuil yang sudah ada itu tidak cukup sedangkan penduduk India yang tinggal di kampung ini hanyalah kira-kira 300 orang sahaja “ ujarnya penuh semangat.

“Masjid di kampung ini pun hanya satu sahaja sedangkan penduduk Islam mempunyai bilangan lebih dari 1000 orang. Kita tidak anti Hindu malah kita menghormati kebebasan beragama tetapi sikap hormat menghormati mesti dipelihara” tegasnya.


Ahmad Rafa'i Hassan










Sementara itu Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Ahmad Rafa’i Hassan, 35 juga kesal dengan sikap pihak berkuasa di negeri ini yang membiarkan kuil tersebut di bina sewenang-wenangnya sehingga dalam satu kampung ujud 3 kuil hindu.

“Mana perginya Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka Ayer Molek, Datuk Md Yunos Hussin, apakah Md Yunos langsung tidak prihatin dengan luahan perasaan tidak puashati penduduk kampung” ujar beliau.

“Tindakan pihak tertentu membina Kuil Hindu 3 buah di dalam sebuah kampung melayu yang didiami hanya kira-kira 300 orang penganut Hindu seolah-olah mencabar umat Islam dan orang melayu. Apakah mereka sudah hilang rasa hormat kepada jiran dan rakan-rakan beragama Islam yang merupakan penduduk majoriti di kampung ini” tambah beliau lagi.

Kenyataan Rafa’i ini ada benarnya kerana Jawatan Kuasa Pergerakan Pemuda Umno Cawangan Kampung Tambak Paya sendiri telah membuat bantahan secara terbuka dengan menggantung kain rentang berbunyi “Jangan cabar kesabaran kami” yang digantung di persimpangan jalan berhampiran gerai Mawar Kg. Tambak Paya.

Lebih menyedihkan, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Haji Mo’min Abd Aziz yang sekarang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka seolah-olah lepas tangan dengan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah ini.

Difahamkan kuil-kuil Hindu ini dibina di atas tanah persendirian milik penduduk berbangsa India di kampung tersebut. Namun tidak dapat dipastikan samada pembinaan ini mendapat kelulusan dari pihak berwajib seperti Majlis Kerajaan Tempatan atau tidak kerana semasa lawatan tapak ke tapak pembinaan tersebut tiada langsung papan tanda pembinaan dipacakkan seperti yang disyaratkan di bawah undang-undang kerajaan tempatan.



Hj Yasim Musa










Sementara itu Ketua Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Ayer Molek, Hj Yassim Musa, 56 ketika ditemui di tapak pembinaan kuil tersebut terkejut dengan ujudnya 3 buah kuil Hindu dalam sebuah kampung melayu. Beliau yang berasal dari Kampung Paya Dalam iaitu Kampung Paya Tambak Paya yakin bahawa keadaan ini terjadi kerana kurangnya sentiviti umat Islam mutakhir terhadap kedaulatan Islam.

“Umat Islam hari ini sudah hilang kemuliaan dan ‘izzah’ kerana mereka sudah jauh menyimpang dari ajaran Islam sebenar disebabkan kelalaian dan kealpaan mereka yang begitu cintakan kekayaan dunia.”

“Ini semua disebabkan mereka sudah dibuai mimpi keduniaan yang direncanakan oleh pemimpin Islam Hadhari hari ini. Sepatutnya bukan 3 buah, 1 buah kuil pun mungkin tidak perlu sebab penduduk beragama Hindu di sini kecil sahaja jumlahnya, bahkan mereka boleh pergi Kuil berhampiran yang jaraknya begitu hampir” kata Hj Yassim lagi yajuga merupakan AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

Hj Yassim juga melahirkan rasa bimbang dengan hubungan penduduk kampung tersebut yang mungkin terjejas dan tegang dengan isu ini. Tindakan Pemuda Umno Cawangan menggantung kain rentang dengan kata-kata yang agak keras itu mungkin mencetuskan rasa kurang senang di kalangan kedua-dua pihak.

“Kita harap pihak berwajib mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah ini, jangan nanti sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti pernah terjadi di Kampung Jawa, Pulau Pinang beberapa tahun dulu” jelas beliau.

Dalam tinjauan ke tapak pembinaan tersebut kuil yang baru dibina sudah hampir siap dan ianya bersaiz lebih kecil dari kedua-dua kuil yang telah sedia ada. Tidak ada seorang pun pekerja yang sedang bekerja mungkin sedang bercuti hujung minggu.

“Mungkin ini hanya ‘surau’ sahaja” celah Hj Yassim mengakhiri perbualan dengan nada sinis.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

5 Comments:

Anonymous said...

bmasukkan gambar kuil dan lokasi nya sekali baru ada fakta lengkap

Anonymous said...

untuk makluman pihak berkenaan dua buah kuil sudah pun berada di situ lebih kurang 70 thanun yang lalu . Kuil baru yang di bina adalah tapak kuil milik orang persendirian yang di ubah suai kerana kuil lama sudah uzur .Masalah kaum hindu tidak menghormati kaum islam tidak ujud di sini, cuma ada pihak yang hendak mempolitik kan isu ini atas sebab sebab tertentu.

Anonymous said...

assalamualaikum...
mintak maaf saya katakan..sebagai seorang islam rasenya tak salah kalau saya share pendaat saya disini..

berkenaan dgn kuil tu..kite tak bleh salahkan sesape..tapi berkenaan dengan masjid tu..erm..sekarang nie rase kesal dan sedih bile kalau kite pergi ke masjid2..bukan apanye..kalau setiap waktu sembahyang 5 waktu tu..tak pernahnye smpai penuh satu masjid...

nak dapat setengah pun susah..kadang2 2 saf sahaja..kalau kite pergi solat jumaat..cuba anda2 semua lihat..ramai anak muda yang duduk melepak di luar masjid,sedangkan imam dan lain2 bersembahyang didalam masjid..

bukan nak menyalahkan agama..tapi sejak kebelakangan akhir zaman ini, ramai umat tidak sedar..sedangkan sejak dari kecil sudah di azan dan di kamatkan telinganya..dan di ajar dengan didikan agama..apabila besar, semua itu hilang seolah2 macam tidak di ajar..

zaman sekarang bukan senang nak ajak pemuda atau golongan muda untuk pergi ke masjid..tetapi mereka semua lebih suka berhibur daripada pergi ke rumah allah swt...mereka akan ke masjid kalau ade aktiviti makan2..saya yang kini berusia 21thn rase amat kesal dengan mereka semua..

jadi disini saya nak ajak semua golongan2 yg beragama dan boleh berfikir untuk menasihatkan mana2 pemuda2 untuk dekatkan diri kepada masjid dan beribadah...

Anonymous said...

Betul juga cakap saudara kita itu. masjid tak pernah penuh , kaki dadah bertambah , malah ada kedai jual samsu haram di DUN Air Molek (tampak paya ) lokasi kedai tidak jauh dari kuil yang di maksudkan dan seperti biasa pengunjung nya termasuk anak muda kaum melayu.Sebagai penduduk di kawasan tersebut saya rasa kita tidak ada apa apa masaalah dengan kaum lain.mereka sembahyang ikut adat mereka dan kita ikut cara kita.Soal jawab tentang tuhan adalah hak masing masing.kalau cuma ada satu masjid di kawasan tersebut itu adalah masalah orang islam dan JAIM.pendapat saya isu kuil ini sengaja di perbesar kan olih individu tertentu ,menganggu keharmonian yang sedia ada .Mungkin pihak kerajaan bolih nasihat ketua kaum hindu supaya tidak mengadakan kuil tambahan di kawasan tersebut tanpa mengggangu yang sedia ada.Malah saya rasa tidak ada ancaman dari pihak hindu terhadap pihak islam di malaysia ini . Kita yang tumpang di dunia ini hanya untuk sementara ,baik tambah pahala ,jangan ada perasan angkuh dan tunjuk diri kerana undi majoriti di tangan kita.keadaan bolih berubah dalam sekelip mata jika tuhan yang maha esa mahu berbuat demikian.

Anonymous said...

i'm lost here. the hindus are building temples at a private land, not on a land designated for mosque for example so how does this threaten the "religious understanding" as being claimed?

Sigh...When the world is being worried abt globalisation and economic survival we in M'sia are more concerned about irrelevant things in our small coccoon. Not to mentione irresponsible people trying to incite hatred towards our harmony by displaying banners that demonstrate their astounding stupidity.

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59