Wednesday, 30 May 2007

LINA JOY TETAP MURTAD. APA TINDAKAN KITA?


Walaupun Mahkamah memutuskan bahawa perkataan Islam tidak boleh dibuang dari Kad Pengenalan Lina Joy, namun hakikatnya Lina Joy masih murtad dan ratusan ribu lagi yang lain juga terus hanyut dengan dunia kemurtadan mereka. Keputusan hakim sebentar tadi tidak 'mengembalikan' Lina Joy dan 'rakan-rakan yang sewaktu' dengannya, kembali kepada Islam. Ianya hanya memutuskan bahawa hukum-hakam Islam dan perkara yang berkait dengannya adalah dalam bidang kuasa mahkamah syariah dan perkataan Islam hanya boleh dibuang oleh Jabatan Pendaftaran Negara dengan perintah dan keputusan mahkamah syariah.

Kita yakin 'pemimpin-pemimpin' dan 'pengikut-pengikut' Lina Joy ini tidak akan berdiam diri mereka akan terus berusaha untuk memurtadkan seramai mungkin orang Islam terutama anak-anak muda yang sememangnya rapuh pegangan agama mereka.

Fakta yang dinyatakan oleh Mufti Perak bahawa ada 250,000 orang yang telah murtad mesti diberi perhatian serius oleh semua pihak.

Kerajaan Islam Hadhari tidak boleh berselindung lagi, mereka mesti berusaha sedaya mungkin untuk menyelamatkan aqidah umat Islam. Kerajaan mesti menggubal undang-undang murtad untuk membendung gejala ini.

Sebagai Umat Islam kita semua mesti menggesa kerajaan Islam Hadhari supaya menggubal undang-undang Islam berkaitan murtad ini secepat mungkin. Andaikata kerajaan Islam Hadhari masih berdegil dan keras kepala tidak mahu melakukannya, maka Umat Islam mesti menolak mereka pada pilihanraya umum akan datang.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

2 Comments:

mahaguru58 said...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah! Mahkamah Persekutuan telah menolak rayuan simurtad untuk di iktiraf sebagai Kristian.

Soalan saudara, apa tindakan kita?

Tindakan sewajarnya adalah menghadapkan si murtad ke Mahkamah Syariah diatas dosa besar yang dilakukannya dan dijatuhkan hukum setimpal dengan dosa tersebut sekiranya sang murtad degil tidak mahu bertaubat selepas di beri petunjuk dan diterangkan kepadanya kebatilan angkara murtad yang sedang dilakukannya.

Bak kata Inggeris' 3 strikes and u are out!'

Kalau ikut hudud, pancung le jawabnya atau direjam.

Sadaqa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Wassalamualaikum.

Zainol Abideen
http://mahaguru58.blogspot.com
016-3969881
Bandar Tun Razak,
Kuala Lumpur

Anonymous said...

satisfactory classrooms banking infectious subscription copyright jainen traced othertotal circulating bubbles
lolikneri havaqatsu

Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59